Khamis, 17 Februari 2011

MASUK ISLAM BUKAN MASUK MELAYU..

Frustnya hari ini, sebab tidak berkesempatan untuk terjah blog rakan-rakan mahupun terbit artikel di awal pagi. Kenapa? Sebabnya saya mendahului tugasan di pejabat yang telah di amanah dan saya setuju untuk menjalankan amanah tersebut. (Masa mula-mula minta kerja, dah niat dalam hati nak do the best!) Korang jangan ambil sikap acuh tak acuh dengan kerja utama korang yer. Berdosa tau. Sebab kita semua mencari rezeki yang halal. Nak sara keluarga dengan duit gaji yang korang terima setiap bulan. So, time kerja, buat kerja dahulu. Break time, korang up date blog! 

Semasa memandu pulang tadi, sempat juga layan ceramah agama. Tajuk agak menarik " Islam pilihanku ". Ini cerita kaum lain yang baru memeluk agama Islam. Yang mendapat hidayah dari AllahSWT. Rasa kagum dengan pemahaman dan penghayatan mereka dengan Islam. Sebagai saudara baru, ternyata ilmu pengetahuan agama Islam mereka sangat dalam jika hendak dibandingkan dengan kita yang Islam kerana keturunan. Yang paling sedihnya, sesetengah dari kita, tiada penghayatan Islam dalam kehidupan seharian. Nak baca buku tentang Islam pun malas!

Bila ditanya, kenapa sesetengah kaum lain takut hendak memeluk agama Islam. Mereka kata, masuk Islam bermakna masuk Melayu. Isshhh, salah tu, Islam bukan 'hak milik' melayu. Islam adalah milik semua bangsa, tak kira Cina, India, Kadazan, Arab dan lain-lain lagi. 

Teruk sangatkah orang Melayu sampai mereka takut nak jadi Melayu? Emmm...anda ada jawapannya?


4 ulasan:

Unknown berkata...

pernah dengar kat ceramah masa bulan puasa haritu..rata2 orang takut nak masuk islam sebab tak suka melayu..melayu sinonim dengan islam..melayu sendiri pon merosakkan islam, dok pakai baju dedah sini sana, tunjuk prangai tak elok..macam mana bangsa lain nak tertarik masuk islam..sbb tak bleh nak nafi, melayu dan islam tu satu pakej kat Malaysia ni..

Bloggers Chat Room: Bukan Sekadar Tempat Berchatting.

zaza ismail berkata...

berdasarkan pengalaman zaza,kdg2 org melyu ni suka memperlekehkan org yg masuk islam ni.zaza dah kena..srdih tau

R E A D.. berkata...

JT dan zaza, terima kasih sebab sudi komen di blog picisan ni. Seperti yang JT komen, Melayu dan Islam adalah satu pakej kat Malaysia. Kembalilah kepada Islam yang sebenar-benarnya bukan Islam keturunan.

Unknown berkata...

betul jugak, tapi ade SEGELINTIR org bukan islam yg mahu peluk islam tapi bukan itu niat asalnya,
mahu 'peluk anak org islam' yg jadi motifnya..
fikirkn..