Sabtu, 19 Mac 2011

10 TANDA DIA JODOH KITA


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Kredit : I luv islam. Artikel yang wajid saya simpan!!

Jumaat, 18 Mac 2011

PANTUN NOSTALGIA




Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Ikuti al-Quran peganglah as-Sunnah,

Nescaya dirimu dipandu ke syurga.




Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Sayangi saudara cintai teman,

Kelak Allah mengasihi dirimu.




Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Kasih ibumu takkan terbayar

Cinta ayahmu pasti tak terbeli.




Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Jauh mana pun langkahmu tersasar,

Kembalilah pada-Nya pasti kau diampunkan.




Andai ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti,

Andai di hatimu nafsu bertatah,

Segera bersihkan jangan bertapi.




Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba musafir lalu,

Syurga itu tempat istirehat,

Sedang neraka seksaan menunggumu.




Nasi lemak buah bidara,

Daun selasih hamba lurutkan,

Kerana cinta pada agama,

Jiwa dan raga rela dikorban.



Kredit to i luv islam, best pantun nih..love it!!


Khamis, 17 Mac 2011

JANGAN TUNGGU..WALAU KU CINTAKAN MU..

Perrghhhh..mengimbau kembali ke zaman dulu-dulu. Very touching this song. I'm veru sure you all pernah ada pengalaman terjumpa semula bekas kekasih kan. Mari kita share sama-sama that memori.

Lagu AKU DAN KAMU from Flop Poppy lama dah saya tak dengar. Entah ler tiba-tiba jer 'mengidam' nak dengar lagu ni. 


Moral of this song, kisah cinta kita yang dulu-dulu tu, simpan sahaja sebagai kenangan. Tak perlu nak buka lembaran baru dan bab baru. Ex-boyfriend kita tu dah ada family sendiri dan macam tu juga dengan kita, dah ada family sendiri juga, masing-masing dah ada keluarga sendiri.

" Mana boleh R E A D, susah tau. Dia, my first love. "


Erm, boleh dan tak susah. Yang sudah tu sudah la. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Guna akal dan berfikir. Telah tertulis, tiada jodoh antara kalian. Tidak perlu melawan takdir. Yang susah nanti, diri sendiri juga.





JANGAN DITUNGGU PASTI TAKKAN BERLAKU, 

WALAU KU CINTAKAN MU

BIAR DISIMPAN ADAKAN SEMPADAN

AKU DAN JUGA DIRIMU....



Rabu, 16 Mac 2011

SMS BERANTAI PUNYA CERITA

Artikel ini di tulis di blog En. Kereta Mayat (klik) (seramkan nama blog dia) tapi setiap artikelnya memang pedas lagi panas. Tak caya, percayalah. Katanya tentang sms berantai ni..

Dulu ada surat berantai, kena edar 20 keping, jika tak edar, korang akan mati masuk neraka, maka pak pandir sekalianpun mulalah fotostat dan edar lalu merasa diri masuk shurga. wah wah wah, meriahnya ibadat (sambil geleng kepala)

(Nota kepada mereka yang slow: surat berantai takde kuasa untuk beri manfaat dan mudarat kepada manusia, siapa yang percaya maka mereka telah syirik dengan Allah, dan orang syirik boleh masuk neraka.)

Baik, surat berantai dan lama dilupakan, tapi pada tahun 90 an dulu, muncul pula email berantai, ramai pulak yang forward sebab takut masuk neraka dan jika forward kepada 50 email akan dapat masuk shurga, apa punya bodoh bangang tahap siput sulaiman jahil akupun tak tahulah..,

Ok, email mungkin tak habis duit, tapi yang lebih bangang gila babijahil adalah bila muncul pulak SMS berantai dari puak puak bengong tak boleh di tegur perasan unik yang sanggup habiskan kredit untuk SMS kepada 10 kawan yang sama bengong perasan unik macam dia jika forward pada 100 orang lagi, dah jadi bengong sesat macam MLM.

Nampaknya, teknologi jer yang berubah, (surat, email, sms,) tapi kebodohan serta kejahilan manusia tak pernah berubah, sama macam mayat yang tak berubah walaupun keretamayat sentiasa berubah ke arah kebaikkan ehem, ehem....

Ini adalah kerana sikap malas belajar ugama bertanya, dan jika ada yang sudi tegur, terus korang emosi dan kutuk balik si penegur dengan cara serang peribadi, apa punya bengong jahil tak tahulah aku nak cakap..

Duit 10 sen, dari korang forwad SMS bodoh tu, lebih baik derma kat aku, boleh aku buat isi minyak keretamayat. woha!

Ps: Kepada mereka yang perasan tidak slow: Jika nak relpy SMS guna perkataan 'bodoh', pastikan si penerima bukan orang slow, dan sila guna common sense.


R E A D : Gelak gulung-guling setiap kali saya baca artikelnya.


Selasa, 15 Mac 2011

JUJURLAH PADAKU BILA KAU TAK LAGI CINTA



Bercinta biarlah berpada-pada, rasanya tidak perlulah sampai nak bersumpah-sumpah ni. Karang kalau ada yang terlanggar sumpah, ada juga yang bertukar jadi laptop.

Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan


1. Buat entri bertajuk "Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan".


2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Ceritakan pengalaman seram korang. Pastikan ceritanya asli. Tidak copy dari mana2 tempat. Tak perlu buat panjang2. Cerita pendek pun takpe.

4. TAG 2 bloggers dan pastikan dia tau ditag.


Aisha Inani
Cik Flutterby


5. Hantarkan link entri assignment cerita seram korang kat komen entri ni. Done..

AND THE STORY BEGIN..

Siapa pernah tinggal di asrama? Angkat tangan..cehh macamlah boleh nampak siapa yang angkat tangan tu. Tapi kalaulah tika dan saat ini, kita boleh sembang face to face, konfem seronok gila kan. Boleh sembang-sembang, boleh bantai gelak secara life kan.

Peristiwa nih terjadi di sebuah sekolah menengah yang khas untuk pelajar perempuan sahaja. Bukan sekolah berasrama penuh tetapi ada asrama untuk pelajar yang terpilih ke asrama. (nama sekolah terpaksa dirahsiakan, risau mungkin ada pelajar yang takut untuk bersekolah disekolah tersebut..)

Maria, Shasha, Tini, dan Pinky adalah antara ratusan pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar masuk ke asrama tersebut. Mereka dari sekolah rendah yang berlainan tetapi di tempatkan dalam satu dorm yang sama. Usai sesi berkenal-kenalan, mengemas katil dan mengemas locker, mereka semua bersiap untuk ke bilik mandi bagi membersihkan diri.

Meriahnya suasana di bilik mandi seperti mandi di Sunway Lagoon. Bising dengan bunyi air dan bunyi suara sumbang yang perasan sedap!

Settle mandi, cun-cun tiba waktu untuk makan malam. Makan malam di asrama bermula dari jam 6.45 hingga 7.45mlm. Ada 1 jam sahaja, so kepada yang tidak mahu ke laparan, kena on time dan disiplinkan diri sepanjang menjadi penghuni asrama.

"Mak ..datuk..panjangnya barisan.." Pinky memulakan bicara semasa mereka sama-sama berjalan untuk turut sama berbaris demi mendapatkan makanan.

"Alahhh..biasalah. Dah nama pun asrama, nanti korang semua akan biasalah. Emm.. by the way, I'm Iza, Kak Iza. You all semua, new student kat sini yek.."

Tangan dihulur memberi salam dan disambut mesra oleh Pinky, Maria, Shasha dan Tini.

" Ye Kak Iza, kami new kat sini. Dan yang bestnya, kami di tempatkan di bilik yang sama.."

" Bilik mana adik akak ni semua.."

" Bilik Sakura, yang bersebelahan dengan bilik pengawas tu.."

" Sakura.." Wajah kak Iza yang cantik bertukar dari mood happy ke mood surprise.

" Kenapa kak. Macam ada yang tak kena jer.."

" Memang ada yang tak kena. Kalau korang semua nak tahu, bilik tu sudah 2 tahun di kosongkan. Tapi tahun ini terpaksa di guna bagi menampung ke masukkan pelajar baru yang agak ramai jumlahnya dari tahun sebelum ni.."

Empat sahabat tersebut terdiam selepas mendengar penjelasan dari Kak Iza. Ahhh..ini yang tak sedap didengar nih. Sambil sabar berbaris menunggu giliran, fikiran mereka semua dah melayang entah kemana-mana.

Selesai makan malam, kena solat maghrib berjemaah. Kepada yang uzur boleh lepak di bilik masing-masing. Aktiviti bebas, sehinggalah jam 8.00 malam semua penghuni akan ke dewan makan untuk mengulangkaji pelajaran. 

Itu peraturan untuk hari Ahad hingga ke hari Khamis. Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, maka tiada waktu ulangkaji. Semua penghuni bebas membuat apa yang mereka rasa nak buat. Asalkan jangan buat bising.

Pada malam tersebut, suasana di bilik sakura meriah dengan sesi perkenalan antara satu sama lain. Banyak cerita yang dikongsi bersama termasuklah cerita yang telah di ceritakan oleh Kak Iza. Samada seram atau tak, penghuni sakura terpaksa redha dan tidur juga di bilik tersebut.

Pukul 10mlm, semua penghuni ada masa selama 1 jam untuk waktu supper (minum malam, menu untuk supper adalah susu, teh tarik atau milo beserta biskut kering) Kepada yang nak makan dipersilakan, kepada yang tak nak makan, bolehlah korang pergi solat Isyak dan gosok gigi sebelum tidur.

Maria dan Shasha pilih untuk makan, sementara Tini dan Pinky rasa malas nak makan.

" Eh, korang, nanti kita jumpa dibilik yer. Aku dengan Maria nak 'supper' " terang Shasha.


" Okaylah, kami ngantuk sangat nih. Jumpa kat bilik ajer yer.." berjalanlah Tini dan Pinky ke bilik sakura sementara Maria dan Shasha menuju ke dewan makan.

Selesai supper, Shasha dan Maria berborak kosong sambil berjalan menuju ke bilik sakura. Bilik Sakura adalah bilik yang terakhir sekali. Memang agak menyeramkan tetapi mereka terpaksa berlakon selamba bagi mengawal rasa seram tersebut.


" Psssst.." 


Shasha pandang muka Maria. Maria pandang muka Shasha. Erk..mereka meneruskan langkah.


" Pssst..pssst.." kali ini agak kuat berserta dengan bau minyak atar yang cukup menyegat hidung.


Shasha dan Maria berpegangan tangan. Amat kuat genggaman antara mereka. Tetapi masing-masing tetap melangkah lebih laju.


" Psstt..psssst..pssstt " kali ini mereka dapat merasakan yang suara tersebut betul-betul berada di belakang mereka. Cukup dekat dengan mereka. Betul-betul disebelah Maria, berdirinya lembaga putih terlompat-lompat di sisinya.


"Hanntuuuuu!!!!!... Aaaaaa!!!!" Shasha dan Maria buka langkah seribu. Mereka tidak pandang belakang. Terus pecut laju sambil sebelah tangan terpaksa menyingkap kain baju kurung hingga ke paras lutut bagi memudahkan larian mereka.


" Ya Allah...Hoiiiii!! " tiba-tiba kedengaran sergahan yang amat kuat dari satu suara yang amat mereka kenali. Suara warden asrama! 


Larian pecut Shasha dan Maria terhenti secara mengejut sebaik sahaja mereka terlihat Ustazah berdiri sambil cekak pinggang di hadapan mereka. Hampir-hampir sahaja mereka jatuh tersungkur di hadapan ustazah.

" Apa bising-bising ni. Korang semua tahukan larangan buat bising di asrama ini?" Serius pertanyaan yang keluar dari mulut Ustazah.

" Kami di kejar hantu pocong Usssss..." belum sempat Shasha habis bercerita kepada Ustazah, tiba-tiba hantu pocong tadi tersungkur jatuh betul-betul di tepinya kerana terlanggar belakang Shasha..

" Aaaaa...hantuuuu..!!!" terjerit-jerit Shasha dan Maria. Memang panik gila suasana ketika itu.


" Aduiihhhh ustazah, sakittttt!!!"

Terdiam Shasha dan Maria. Mereka melihat, hantu pocong sedang di tarik telinganya oleh Ustazah. Terkial-kial hantu tersebut menahan kesakitan.

"Kamu..kamu..dan kamu..pergi ke tengah padang sekolah sekarang. Berdiri di situ sehingga saya panggil. Peraturan tetap peraturan. Faham!" Arah Ustazah tegas.

Maka berjalanlah, Shasha, Maria dan hantu pocong ke tengah padang sekolah. Mereka terpaksa menebalkan kulit muka di tertawakan oleh seluruh penghuni asrama yang lain.

" Ini semua kamu punya pasallah Pinky. Hantu Pocong konon. Tengok tak pasal-pasal dah glamour kita malam ini..." Geram betul Shasha dengan usikkan Pinky.

" Sorrylah weiii..hahaha..aku nak bergurau sahaja..hahhaha." Sambil menahan rasa lucu, Pinky memohon maaf pada dua orang sahabatnya itu.

" Tapi..aku salute korang punya pecut..hahahha..." ketawa Pinky lagi.

" Banyaklah kau punya salute, tak pasal-pasal berembun kita malam ini tau..isshhh..geramnya akuuuu. Nih..tini mana, dia tak terlibat ker?"

" Kerja dia, dressing aku jer..hahaha.."


Nota : Jangan jadi hantu, sebab akhirnya diri sendiri dan orang lain juga yang susah.

RAKYAT MALAYSIA PALING TINGGI BAZIR AIR DI ASIA TENGGARA



Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding pengguna negara lain di Asia Tenggara, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, katanya, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura 155 liter dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat. "Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang. "Kita tidak sedar tindakan kecil seperti membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi dan mengabaikan kebocoran paip boleh mengakibatkan jumlah besar pembaziran air yang dirawat," katanya.

Karnival sehari dengan tema '1Hijau 1Komuniti' yang dianjurkan oleh kementerian dan Greentech Malaysia antara lain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup kehijauan serta menonjolkan inisiatif kehijauan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Seramai hampir 4,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang menampilkan pelbagai aktiviti termasuk permainan untuk kanak-kanak, konsert mini, bengkel pendidikan dan menukar barangan kitar semula dengan hadiah.

SUMBER : BERNAMA

Nota : Mulakan berjimat menggunakan air!

Isnin, 14 Mac 2011

SEGMEN SOAL CINTA : LELAKI VS PEREMPUAN


Jika anda blogger PEREMPUAN maka inilah soalannya ..

LELAKI pilihan anda ?
Seperti En Ben..(hehe..) 


Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Tak perlu. To me, lelaki SEKSI akan menjadi mangsa GAY tegar..huhu 

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Tgk siapa jodoh anda juga. Jika benar lelaki itu benar-benar cintakan anda, dia akan terus berkorban untuk mempertahankan cintanya, membahagiakan cintanya selagi hayat dikandung badan. 


Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Sanggup bermadu itupun jika bakal madu sanggup jaga saya bila dah tua nanti. hehe.. 

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Tinggalkan dia, cari yang lain. Den malas nak fikir panjang dah. Love me or leave me..Okay! 


" Jujurlah padaku, bila kau tak lagi cinta. Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama.."

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Dua-dua 2 X 5. Kalau kita baik, insyaallah baik juga pasangan kita. Amin. 


SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Sama jer En. Ben. Dua-dua 2 X 5. Tak der bezanya. Itulah realiti kehidupan. Contoh, kita lihat single parents, ada lelaki yg terus setia pd arwah isteri, strive menjaga anak-anak. Dan ada juga perempuan yg terus setia pd arwah suami, terus setia dan menjaga anak-anak dgn penuh rasa cinta. Sama jer. 


Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Cemburu? Kalau yg berpada-pada okaylah. Tapi tak nak ke tahap kritikal. Contoh, saya cemburu sebab En. Ben punya traffic mantop gila..


Nota : Sesekali join segmen untuk menambah rakan blogger dan support rakan blogger..Nak join klik sini

Ahad, 13 Mac 2011

SUAMI ISTERI DILARANG TINGGAL SERUMAH

Pada suatu pagi, di sebuah kawasan perumahan sederhana mewah, kelihatan lima orang pemuda yang dalam perjalanan ke sebuah rumah. Sambil berjalan, mereka berbual sesama sendiri. Serius nampaknya topik perbualan mereka.

Di pagi yang bahagia itu, sepasang suami isteri sedang menikmati sarapan nasi goreng bersama teh 'o'. 

" Waaa..tak sangka pula abang, isteri abang yang cantik jelita, terpelajar ni rupanya seorang tukang masak yang hebat. Sedap betul nasi goreng sayang nih.." 

Puji si suami sambil menyuapkan nasi goreng ke mulut dengan penuh selera sekali. Di usap mesra dan kasih sayang kepala isterinya. Manja sekali.

Si isteri yang jelitawan lagi terpelajar itu, tersenyum puas hati. Sambil memegang tangan suaminya,

" Ada ada aje you ni. Ini bukannya kali pertama i masak untuk you. Ni mesti puji sebab i beri pinjam duit nih."

" Eh..ke situ pula sayang abang nih. Mana ada. Abang puji ikhlas ni. " sebuah ciuman mesra di hadiahkan ke pipi isteri tercinta.


Ding..dong..


"Siapa pula yang datang pagi-pagi nih. Betul-betul potong 'mood' kemesraan kita. Abang...  pergilah tengok siapa kat luar tu.."

Pintu rumah dibuka oleh si suami dan kelihatan empat orang pemuda berdiri diluar pintu rumah. Melihatkan dari cara pemakaian empat orang pemuda tersebut,


" Assalamualaikum, nak minta derma ker.." tanya penuh sopan si suami.

" Waalaikumsalam, bukan itu tujuan kami ke sini Encik."

" Kalau bukan nak minta derma, nak jemput ke majlis agama ker.."

" Bukan, macam ini sahajalah encik. Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat aduan yang encik berkhalwat." terang salah seorang dari empat orang tersebut.

" Berkhalwat apa bendanya pula ni. Kami dah sebulan tinggal kat sini. Siapa pula yang memandai buat cerita macam ni.." nada tidak puas hati jelas keluar dari mulut si suami.


Mendengar kekecohan dan dialog-dialog yang dituturkan sebentar tadi, si isteri tampil berdiri di sebelah suaminya. Tidak rela dia membiarkan suaminya seorang diri berhadapan dengan pemuda-pemuda tersebut.


" Yelah Ustaz, kami suami isteri dah sebulan menetap di sini. Sebelum ini tak der pun yang nak kecoh-kecoh macam ini. Siapa yang berani buat aduan macam ni pada Ustaz nih?" 

" Saya.."


Sebaik sahaja si isteri melihat tuan punya orang yang bergelar saya, 


" Abang....??" rasa nak pengsan si isteri. Nasib baik dia sempat memeluk lengan suaminya.

" Encik, betulkah ini isteri encik yang sah?" tanya ustaz pada 'SAYA'.

" Ye, ustaz, dia masih isteri saya yang sah."


Ustaz hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dengan lafaz bismillah, 


" Encik dan Cik, kami terpaksa menahan encik berdua kerana tinggal serumah sebagai suami isteri, walaupun isteri encik ni masih isteri orang. Sila ikut kami."

" Abanggggg..., maafkan Tirah abang, tolong Tirah abang." rayu Tirah pada 'SAYA'. Di pegang erat lengan suami halalnya, memohon simpati.

"Tirah, sebenarnya abang sungguh tidak sangka sampai ketahap ini perilaku Tirah pada abang. Apa lagi yang tidak cukup Tirah, hidup kita mewah, kita dikurniakan anak sebagai pelengkap rumahtangga. Apa lagi yang tidak cukup Tirah.

Tirah bt. Abdullah, aku ceraikan engkau dengan talak tiga. Engkau tidak aku benarkan balik kerumah dan berjumpa dengan anak-anak lagi ! "


Kali ini, Tirah betul-betul pengsan.



Nota : Apa yang tidak cukup? NAFSU..nafsu manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada. 


Sabtu, 12 Mac 2011

HANTUUUUUU...LARIKKKKK...!!!

Siapa pernah tinggal di asrama? Angkat tangan..cehh macamlah boleh nampak siapa yang angkat tangan tu. Tapi kalaulah tika dan saat ini, kita boleh sembang face to face, konfem seronok gila kan. Boleh sembang-sembang, boleh bantai gelak secara life kan.

Peristiwa nih terjadi di sebuah sekolah menengah yang khas untuk pelajar perempuan sahaja. Bukan sekolah berasrama penuh tetapi ada asrama untuk pelajar yang terpilih ke asrama. (nama sekolah terpaksa dirahsiakan, risau mungkin ada pelajar yang takut untuk bersekolah disekolah tersebut..)

Maria, Shasha, Tini, dan Pinky adalah antara ratusan pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar masuk ke asrama tersebut. Mereka dari sekolah rendah yang berlainan tetapi di tempatkan dalam satu dorm yang sama. Usai sesi berkenal-kenalan, mengemas katil dan mengemas locker, mereka semua bersiap untuk ke bilik mandi bagi membersihkan diri.

Meriahnya suasana di bilik mandi seperti mandi di Sunway Lagoon. Bising dengan bunyi air dan bunyi suara sumbang yang perasan sedap!

Settle mandi, cun-cun tiba waktu untuk makan malam. Makan malam di asrama bermula dari jam 6.45 hingga 7.45mlm. Ada 1 jam sahaja, so kepada yang tidak mahu ke laparan, kena on time dan disiplinkan diri sepanjang menjadi penghuni asrama.

"Mak ..datuk..panjangnya barisan.." Pinky memulakan bicara semasa mereka sama-sama berjalan untuk turut sama berbaris demi mendapatkan makanan.

"Alahhh..biasalah. Dah nama pun asrama, nanti korang semua akan biasalah. Emm.. by the way, I'm Iza, Kak Iza. You all semua, new student kat sini yek.."
Tangan dihulur memberi salam dan disambut mesra oleh Pinky, Maria, Shasha dan Tini.

" Ye Kak Iza, kami new kat sini. Dan yang bestnya, kami di tempatkan di bilik yang sama.."

" Bilik mana adik akak ni semua.."

" Bilik Sakura, yang bersebelahan dengan bilik pengawas tu.."

" Sakura.." Wajah kak Iza yang cantik bertukar dari mood happy ke mood surprise.

" Kenapa kak. Macam ada yang tak kena jer.."

" Memang ada yang tak kena. Kalau korang semua nak tahu, bilik tu sudah 2 tahun di kosongkan. Tapi tahun ini terpaksa di guna bagi menampung ke masukkan pelajar baru yang agak ramai jumlahnya dari tahun sebelum ni.."

Empat sahabat tersebut terdiam selepas mendengar penjelasan dari Kak Iza. Ahhh..ini yang tak sedap didengar nih. Sambil sabar berbaris menunggu giliran, fikiran mereka semua dah melayang entah kemana-mana.

Selesai makan malam, kena solat maghrib berjemaah. Kepada yang uzur boleh lepak di bilik masing-masing. Aktiviti bebas, sehinggalah jam 8.00 malam semua penghuni akan ke dewan makan untuk mengulangkaji pelajaran. 

Itu peraturan untuk hari Ahad hingga ke hari Khamis. Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, maka tiada waktu ulangkaji. Semua penghuni bebas membuat apa yang mereka rasa nak buat. Asalkan jangan buat bising.

Pada malam tersebut, suasana di bilik sakura meriah dengan sesi perkenalan antara satu sama lain. Banyak cerita yang dikongsi bersama termasuklah cerita yang telah di ceritakan oleh Kak Iza. Samada seram atau tak, penghuni sakura terpaksa redha dan tidur juga di bilik tersebut.

Pukul 10mlm, semua penghuni ada masa selama 1 jam untuk waktu supper (minum malam, menu untuk supper adalah susu, teh tarik atau milo beserta biskut kering) Kepada yang nak makan dipersilakan, kepada yang tak nak makan, bolehlah korang pergi solat Isyak dan gosok gigi sebelum tidur.

Maria dan Shasha pilih untuk makan, sementara Tini dan Pinky rasa malas nak makan.

" Eh, korang, nanti kita jumpa dibilik yer. Aku dengan Maria nak 'supper' " terang Shasha.

" Okaylah, kami ngantuk sangat nih. Jumpa kat bilik ajer yer.." berjalanlah Tini dan Pinky ke bilik sakura sementara Maria dan Shasha menuju ke dewan makan.

Selesai supper, Shasha dan Maria berborak kosong sambil berjalan menuju ke bilik sakura. Bilik Sakura adalah bilik yang terakhir sekali. Memang agak menyeramkan tetapi mereka terpaksa berlakon selamba bagi mengawal rasa seram tersebut.

" Psssst.." 

Shasha pandang muka Maria. Maria pandang muka Shasha. Erk..mereka meneruskan langkah.

" Pssst..pssst.." kali ini agak kuat berserta dengan bau minyak atar yang cukup menyegat hidung.

Shasha dan Maria berpegangan tangan. Amat kuat genggaman antara mereka. Tetapi masing-masing tetap melangkah lebih laju.

" Psstt..psssst..pssstt " kali ini mereka dapat merasakan yang suara tersebut betul-betul berada di belakang mereka. Cukup dekat dengan mereka. Betul-betul disebelah Maria, berdirinya lembaga putih terlompat-lompat di sisinya.

"Hanntuuuuu!!!!!... Aaaaaa!!!!" Shasha dan Maria buka langkah seribu. Mereka tidak pandang belakang. Terus pecut laju sambil sebelah tangan terpaksa menyingkap kain baju kurung hingga ke paras lutut bagi memudahkan larian mereka.

" Ya Allah...Hoiiiii!! " tiba-tiba kedengaran sergahan yang amat kuat dari satu suara yang amat mereka kenali. Suara warden asrama! 

Larian pecut Shasha dan Maria terhenti secara mengejut sebaik sahaja mereka terlihat Ustazah berdiri sambil cekak pinggang di hadapan mereka. Hampir-hampir sahaja mereka jatuh tersungkur di hadapan ustazah.

" Apa bising-bising ni. Korang semua tahukan larangan buat bising di asrama ini?" Serius pertanyaan yang keluar dari mulut Ustazah.

" Kami di kejar hantu pocong Usssss..." belum sempat Shasha habis bercerita kepada Ustazah, tiba-tiba hantu pocong tadi tersungkur jatuh betul-betul di tepinya kerana terlanggar belakang Shasha..

" Aaaaa...hantuuuu..!!!" terjerit-jerit Shasha dan Maria. Memang panik gila suasana ketika itu.

" Aduiihhhh ustazah, sakittttt!!!"

Terdiam Shasha dan Maria. Mereka melihat, hantu pocong sedang di tarik telinganya oleh Ustazah. Terkial-kial hantu tersebut menahan kesakitan.

"Kamu..kamu..dan kamu..pergi ke tengah padang sekolah sekarang. Berdiri di situ sehingga saya panggil. Peraturan tetap peraturan. Faham!" Arah Ustazah tegas.

Maka berjalanlah, Shasha, Maria dan hantu pocong ke tengah padang sekolah. Mereka terpaksa menebalkan kulit muka di tertawakan oleh seluruh penghuni asrama yang lain.

" Ini semua kamu punya pasallah Pinky. Hantu Pocong konon. Tengok tak pasal-pasal dah glamour kita malam ini..." Geram betul Shasha dengan usikkan Pinky.

" Sorrylah weiii..hahaha..aku nak bergurau sahaja..hahhaha." Sambil menahan rasa lucu, Pinky memohon maaf pada dua orang sahabatnya itu.

" Tapi..aku salute korang punya pecut..hahahha..." ketawa Pinky lagi.

" Banyaklah kau punya salute, tak pasal-pasal berembun kita malam ini tau..isshhh..geramnya akuuuu. Nih..tini mana, dia tak terlibat ker?"

" Kerja dia, dressing aku jer..hahaha.."


Nota : Jangan jadi hantu, sebab akhirnya diri sendiri dan orang lain juga yang susah.


Jumaat, 11 Mac 2011

SECAWAN KUCING..

Hari ini kita belajar peribahasa baru iaitu 



SECAWAN KUCING dalam bahasa english A CUP OF CAT



ler betul nih..tak caya..scroll di bawah,




Cup_Of_Cat.jpg










imgres.jpeg










imgres.jpeg










imgres.jpg











imgres.jpg










imgres.jpg










imgres.jpg



En. kucing dah marah ler..haha..comel ler..








Rabu, 9 Mac 2011

TRAGEDI CINTA MASJID


Meet Pink Lady and Blue Boy. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Sebab mereka berdua, sama cerdik sama pandai, mereka berjaya ke ‘U’ yang sama bersama-sama. Pink Lady memang suka sangat sama Blue Boy. Tetapi sebagai seorang wanita, Pink Lady malu untuk bertanya apatah lagi meluahkan apa yang dirasakannya pada Blue Boy. Blue Boy pula dilihatnya releks jer. Tak pernah pun cakap ‘Saya suka awak’ ataupun ‘I luv u’. Kias-kias pun tak der..!

Tetapi setiap kali tiba hari raya, Blue Boy tidak pernah lupa kirim kad raya. Ada muzik dan gambar masjid! Cam takder gambar lain. Pink Lady tahu, Blue Boy mesti nak ingatkannya agar jangan lupa ke masjid untuk sembahyang sunat  sebelum pergi kutip duit raya. Begitu juga setiap kali tibanya birthday Pink Lady. Blue Boy tetap akan kirim kad birthday gambar masjid. Handmade gambar masjid tu.

“ Memang awak suka gambar masjid ker?” Pernah Pink Lady bertanya suatu ketika dahulu.

“ Kenapa..ada masalah ker dengan gambar masjid tu. Bukan apa, saya sekadar nak ingatkan awak, awak jangan tinggal solat jika awak tak uzur sebab setiap tahun umur kita akan bertambah, begitulah juga hendaknya dengan amalan kita. Makin bertambah pada setiap tahun”

Panas juga telinga Pink Lady mendengar ceramah percuma dari Blue Boy. Semenjak dari peristiwa itu, Pink Lady dah tak kisah dengan gambar masjid. Alah tegal perkara biasa.



One day, di bawah pohon nan rendang di tepi padang sebuah universiti, kelihatan kelibat Blue Boy tengah releks-releks sambil up date blog menggunakan netbooknya.

Tet..tet.. sms dari Pink Lady.

“Awak kat mana? Ada hal mustahak nak tunjuk dan cerita pada awak”

“ Kat tempat biasa. Saya tengah up date blog. Apa yang mustahak sangat nih..em..awak datanglah jumpa saya.”

“ Okay, awak tunggu saya yer..i’m on my way”


Selepas 10 minit.


“Awak...” Pink Lady main cak-cak ler pula sebaik sahaja tiba di tempat yang di janjikan.

“Oh pocot mak engkau..kus semangat, awak ni kan...” 

Namun terkejut Blue Boy cuma seketika selepas terlihat belon warna pink berbentuk hati dan sekeping kad ditangan Pink Lady. Api cemburu mula membakar sedikit demi sedikit.

“ Awak tahu tak..hari ni adalah hari yang paling happy dalam hidup saya. Dah lama saya tunggu saat ini. Dah lama saya inginkan perkara ini. Awak nak tahu, hari ini saya dapat ni semua dari secret admirelah. Ada orang minat kat saya awak. Ada orang jatuh cinta pada saya..awak. Ada juga orang yang nak kat saya yang tak cantik nih..”

Berseri-seri wajah Pink Lady bercerita pada Blue Boy. Sambil bercerita, mata Pink Lady tetap belek-belek belon dan kad ditangannya. Blue Boy hanya tersenyum yang ternyata amat kelat. 

Dalam hati Blue Boy berkata..

(Comel setanding Lisa Surihani boleh dia kata diri dia tak comel. Memang tak sedar diri awak tu. Rupanya, selama ini awak tidak faham apa erti MASJID yang berpuluh tahun telah saya kirimkan untuk awak. Masjid bermaksud suatu hari nanti apabila tiba tika dan saatnya, kita berdua akan mendirikannya bersama. Waaa..awak tak faham rupanya. Awak, awak tahu tak. Saya amat sayang pada awak. Tapi hari ni..sobsob..nangis Blue Boy dalam hati.)

“ Awak ni apa hal..sedih jer..”

“ Tak der apa pun. Cam biasa jer..”

“ Awak tolong pegang belon dan kad ni kejap yer. Saya nak ke ‘ladies’. Oh, ya..saya nak awak tengok siapa dia gerangan secret admire saya tu. Need your komen.”

Pink Lady meletakkan belon dan kad pada netbook Blue Boy. Terus dia berlari- lari anak ke tempat yang dimaksudkannya. Terkehel-kehel Blue Boy mengambil kad dan belon yang hampir terbang di tiup angin.

Em..boleh tahan kreatif kad nih..Cover depan ada gambar teddy bear peluk heart bertulis..



DAH LAMA SAYA SUKAKAN AWAK..TAPI..



Tapi apa pula nih..tak sanggup pula nak buka dan baca ayat seterusnya. Tapi kalau aku nak tahu kesudahannya, kena juga aku buka kad nih. Aku malas bebenar nak tahu siapakah gerangan pemuda yang berani meluahkan perasaan nih. Remuk hati aku belum terubat. Kalau aku tak buka, bila Pink tanya nanti, apa aku nak jawab. Nanti dia kata aku cemburukan dia pula. Aduihhhh..



Dengan berat hati Blue Boy membuka kad tersebut..




SAYA TIDAK TAHU CARA YANG TERBAIK UNTUK LUAHKAN PADA AWAK. JIKA AWAK SUDI MEMBINA MASJID BERSAMA SAYA, AWAK LEPASKAN BELON PINK INI, BIAR IA BEBAS MELAYANG KERANA CINTA PERLU DI LUAHKAN BUKAN DI PENDAM AGAR CINTA TIDAK TERLEPAS KE TANGAN ORANG LAIN.


PINK LADY..


p/s : Amacam lakonan saya, setanding Lisa Surihani tak?



                                               *****************



Dari jauh, Pink Lady dapat melihat belon Pink melayang tinggi ke awan biru....


Nota :Dalam percintaan, tak boleh main agak-agak nanti korang juga yang nangis..

Jumaat, 4 Mac 2011

REALITI KEHIDUPAN..FACE IT!


Dalam melalui kehidupan ini, kekadang kita terpaksa menempuh perkara yang kita tidak suka dan perkara yang kita sendiri tidak pernah terfikir akan melaluinya. Itulah realiti kehidupan. Be strong..


Khamis, 3 Mac 2011

BORAK DENGAN ANAK TENTANG AIR MANI DAN HAID..


This artikel saya copy from
iluvislam.com. Topik yang memang menarik dan penting untuk semua. Selamat membaca!

Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?

Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?

Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?

Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?

Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih buta dalam soal hadas besar dan baligh.

Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib.

Malah, tidak pernah pun mandi wajib!

Segala ibadat yang dilakukan selama ini rupa-rupanya dosa yang bertimpa-timpa. Segala-galanya dilakukan dalam keadaan kotor dan berhadas. Bertahun-tahun menghimpun dosa.

Siapa pihak pertama yang wajar dipersoalkan oleh Allah nanti. Siapa yang bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Tentulah yang paling hampir ialah ibu bapanya sendiri.

Ustazah tak cakap!

Tidak dinafikan bahawa persoalan di sekitar baligh merupakan perkara yang agak malu untuk dibicarakan. Ramai yang terasa janggal untuk membuka mulut bercakap soal ini kepada anak-anak. Ramai yang memilih untuk membiarkan anak memahami perkara itu melalui orang lain.

Tidak kurang yang meletakkan harapan sepenuhnya kepada guru untuk menjelaskan segala-galanya. Sebahagian pula langsung tidak kisah, dan berharap agar anak itu tahu sendiri bila besar nanti.

Hakikatnya amanah Allah ke atas ibu bapa tidak terlepas semata-mata dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan sistem pendidikan hari ini, ruang masa untuk pendedahan hukum hakam soal baligh amat terhad.

Tambahan pula tidak semua ustazah dan ustaz yang sudi bercerita soal ini tengan telus dan terang. Tak kurang juga ustazah yang malu-malu untuk bercerita soal yang sensitif ini. Kalau diterangkan sekali pun belum tentu anak-anak kita dapat benar-benar menghayatinya untuk diterjemahkan ke alam realiti.

Hari ini anak-anak muda amat senang terdedah dengan paparan berunsur seks. Mereka dapat akses dengan pelbagai gambar, video, cerita, rencana dan segala bahan tentang seks dan jantina dengan mudah, murah dan merata-rata.

Kemudahan telefon bimbit, internet dan lain-lain membuka seluas-luasnya ruang maklumat tentang seks. Sesama remaja mereka juga begitu ke hadapan berbicara soal-soal ini. Namun sejauh manakah mereka terdedah dengan hukum-hakam berkaitan seks?

Amat malang sekali, ketika mereka begitu hebat menguasai maklumat tentang seks, mereka begitu tercorot dalam memiliki ilmu dan kesedaran agama berkaitan dengan seks ini.

Ikut cara Nabi (SAW) dan para sahabat
Oleh yang demikian, ibu bapa hari ini tidak boleh lengah lagi. Zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa menjadi anak-anak dulu. Dulu kebanyakan ibu bapa mengunci mulut dalam soal seks, termasuk tentang baligh, mani dan haid. Bercakap tentangnya dianggap kurang sopan dan lucah.

Tanggapan ini agak tempang.

Tidak dinafikan, bercakap soal ini agak sensitif, dan mengaibkan. Namun demi kerana ilmu, kebenaran dan akhlak anak-anak, ibu bapa perlu kesampingkan rasa malu itu. Ikutlah cara Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang berbicara soal ini pada saat dan waktu yang memerlukan.

Misalannya dalam kisah yang dicatat dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi, bahawa Sayyidina Ali k.w. berkata: Aku adalah seorang yang mazza' (iaitu seorang yang sering keluar air mazi dari zakar), maka aku pun bertanya kepada Nabi (SAW) tentangnya, maka jawab Baginda:

"Kalau mazi cukup dengan wudhu', dan kalau mani mestilah mandi." Dalam riwayat lain, Baginda menjawab: "Jika engkau memancutkan air (mani), maka mandilah dari janabah. Jika tidak memancutkan, tidak perlu mandi."

Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang membuktikan ketelusan Baginda SAW dan para sahabat dalam mendalami ilmu dan mencari kebenaran. Maka amat wajar bagi ibu bapa bertindak menjadi pembicara yang dapat menerangkan kepada anak-anak tentang soal yang penting ini.
Semak pengetahuan anak

Oleh kerana anak-anak mungkin telah mempelajar ilmu ini dari ustazah atau ustaz di sekolah maka wajar ibu dan ayah menyemak pengetahuan mereka tentang baligh, tanda-tandanya dan bagaimana melaksanakan kewajipan dan larangan berkaitan dengannya. Jika mereka kelihatan tidak tahu atau keliru, maka wajib kepada ibu bapa menjelaskan satu-persatu tentang hukum baligh ini.

Berikut adalah beberapa dasar penting yang perlu diambil perhatian. Perinciannya perlu dirujuk dalam buku-buku fikah yang muktabar. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

1. Hakikat bahawa baligh itu sempadan dosa dan pahala. Pastikan anak anda benar-benar faham maksud 'taklif', 'mukallaf' dan juga 'baligh' dan apa kaitan kedua-duanya dengan dosa dan pahala, serta syurga dan neraka.

2. Tanda-tanda baligh antaranya ialah apabila anak itu bermimpi sesuatu yang merangsang naluri seks, dan mendapati tanda-tanda basah pada pakaian bila terjaga.

3. Perlu juga anak-anak mengetahui perbezaan antara air mazi dan air mani. Beza dari sudut bila kedua-dua jenis air itu keluar dari kemaluan dan bagaimana untuk bersuci dari kedua-duanya.

4. Bagi yang bermimpi dan basah ini, wajib mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar. Mandi wajib ada kaedah dan caranya tersendiri. Apa yang penting niat yang nyata dan air yang suci diratakan di seluruh badan.

5. Bagi anak perempuan, tanda baligh mungkin juga bermula dengan keluar darah haid.

6. Bagi anak perempuan yang dalam haid, terdapat larangan-larangan tertentu yang perlu diperhatikan. Ibu terutamanya perlu memastikan anak-anak gadis memahami batas-batas agama ini. Juga perlu dijelaskan bagaimana untuk menentukan samada dia sudah suci daripada haid, dan bila dia wajib mandi hadas.

Baligh pada hari jadi?

Demikianlah perkara-perkara berkaitan soal baligh yang perlu dijelaskan kepada anak-anak agar mereka tidak teraba-raba mencari pedoman beribadah. Ibu bapa yang soleh dan bertaqwa sewajibnya tidak malu untuk menjadi penyampai kepada anak-anak tentang soal ini. Kenapa Allah mengaitkan soal baligh dan mukallaf ini dengan sesuatu yang memalukan dan mengaibkan? Kenapa perlu dikaitkan baligh dengan sesuatu yang keluar dari kemaluan? Kenapa Allah tidak tetapkan baligh itu berdasarkan kaedah lain? Kalau mahu mudah misalnya, Allah boleh tetapkan sahaja baligh itu dengan kiraan umur seperti 10 tahun atau 12 tahun.

Hakikatnya, semua ketentuan Allah ini ada hikmah tersendiri. Allah mahu soal kehormatan, soal keturunan, soal maruah dan harga diri diselarikan dengan landasan syariat. Allah juga mahukan agar ilmu berkaitan jantina dan seks tidak dipisahkan daripada soal dosa pahala. Biar agama yang memandu segala-galanya. Bahkan, inilah aspek indah dalam pendidikan seks dalam Islam. Mendidik anak-anak agar mengenali, dirinya, fizikalnya, perkembangan biologinya dan perubahan jiwanya sesuai dengan fitrah insani.

Selain itu, ibu bapa yang sudi berkongsi dengan anak-anak tentang ilmu berkaitan baligh ini, akan dipandang oleh anaknya sebagai seorang ibu atau bapa yang penyayang, memahami, dan senang dibawa berbincang. Jika anak itu mempunyai masalah yang agak peribadi sekalipun, dia tidak akan berasa kekok untuk berterus-terang dengan anaknya. Bahkan suatu hari nanti, dia tidak sulit untuk mendedahkan perasan hatinya termasuk dalam soal cinta. Sebaliknya, anak-anak tentunya akan sukar untuk terbuka jika ibu bapa terlalu berahsia dan enggan bercakap tentang soal baligh.

Ringkasnya, peranan ibu bapa hari ini makin mencabar. Zaman maklumat cepat sepantas kilat dan terbuka seluas lautan, memerlukan ketangkasan, keberanian dan keterbukaan ibu bapa untuk menghadapinya. Bicaralah dengan anak-anak tentang soal persediaan untuk baligh, serta tanggungjawab yang melingkarinya. Insyaallah kesungguhan ibu bapa untuk mendidik anak dalam kepayahan akan dibalas oleh Allah SWT.

Selamat berbicara dengan anak-anak!