Ahad, 13 Mac 2011

SUAMI ISTERI DILARANG TINGGAL SERUMAH

Pada suatu pagi, di sebuah kawasan perumahan sederhana mewah, kelihatan lima orang pemuda yang dalam perjalanan ke sebuah rumah. Sambil berjalan, mereka berbual sesama sendiri. Serius nampaknya topik perbualan mereka.

Di pagi yang bahagia itu, sepasang suami isteri sedang menikmati sarapan nasi goreng bersama teh 'o'. 

" Waaa..tak sangka pula abang, isteri abang yang cantik jelita, terpelajar ni rupanya seorang tukang masak yang hebat. Sedap betul nasi goreng sayang nih.." 

Puji si suami sambil menyuapkan nasi goreng ke mulut dengan penuh selera sekali. Di usap mesra dan kasih sayang kepala isterinya. Manja sekali.

Si isteri yang jelitawan lagi terpelajar itu, tersenyum puas hati. Sambil memegang tangan suaminya,

" Ada ada aje you ni. Ini bukannya kali pertama i masak untuk you. Ni mesti puji sebab i beri pinjam duit nih."

" Eh..ke situ pula sayang abang nih. Mana ada. Abang puji ikhlas ni. " sebuah ciuman mesra di hadiahkan ke pipi isteri tercinta.


Ding..dong..


"Siapa pula yang datang pagi-pagi nih. Betul-betul potong 'mood' kemesraan kita. Abang...  pergilah tengok siapa kat luar tu.."

Pintu rumah dibuka oleh si suami dan kelihatan empat orang pemuda berdiri diluar pintu rumah. Melihatkan dari cara pemakaian empat orang pemuda tersebut,


" Assalamualaikum, nak minta derma ker.." tanya penuh sopan si suami.

" Waalaikumsalam, bukan itu tujuan kami ke sini Encik."

" Kalau bukan nak minta derma, nak jemput ke majlis agama ker.."

" Bukan, macam ini sahajalah encik. Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat aduan yang encik berkhalwat." terang salah seorang dari empat orang tersebut.

" Berkhalwat apa bendanya pula ni. Kami dah sebulan tinggal kat sini. Siapa pula yang memandai buat cerita macam ni.." nada tidak puas hati jelas keluar dari mulut si suami.


Mendengar kekecohan dan dialog-dialog yang dituturkan sebentar tadi, si isteri tampil berdiri di sebelah suaminya. Tidak rela dia membiarkan suaminya seorang diri berhadapan dengan pemuda-pemuda tersebut.


" Yelah Ustaz, kami suami isteri dah sebulan menetap di sini. Sebelum ini tak der pun yang nak kecoh-kecoh macam ini. Siapa yang berani buat aduan macam ni pada Ustaz nih?" 

" Saya.."


Sebaik sahaja si isteri melihat tuan punya orang yang bergelar saya, 


" Abang....??" rasa nak pengsan si isteri. Nasib baik dia sempat memeluk lengan suaminya.

" Encik, betulkah ini isteri encik yang sah?" tanya ustaz pada 'SAYA'.

" Ye, ustaz, dia masih isteri saya yang sah."


Ustaz hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dengan lafaz bismillah, 


" Encik dan Cik, kami terpaksa menahan encik berdua kerana tinggal serumah sebagai suami isteri, walaupun isteri encik ni masih isteri orang. Sila ikut kami."

" Abanggggg..., maafkan Tirah abang, tolong Tirah abang." rayu Tirah pada 'SAYA'. Di pegang erat lengan suami halalnya, memohon simpati.

"Tirah, sebenarnya abang sungguh tidak sangka sampai ketahap ini perilaku Tirah pada abang. Apa lagi yang tidak cukup Tirah, hidup kita mewah, kita dikurniakan anak sebagai pelengkap rumahtangga. Apa lagi yang tidak cukup Tirah.

Tirah bt. Abdullah, aku ceraikan engkau dengan talak tiga. Engkau tidak aku benarkan balik kerumah dan berjumpa dengan anak-anak lagi ! "


Kali ini, Tirah betul-betul pengsan.



Nota : Apa yang tidak cukup? NAFSU..nafsu manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada. 


0 ulasan: