Sabtu, 12 Mac 2011

HANTUUUUUU...LARIKKKKK...!!!

Siapa pernah tinggal di asrama? Angkat tangan..cehh macamlah boleh nampak siapa yang angkat tangan tu. Tapi kalaulah tika dan saat ini, kita boleh sembang face to face, konfem seronok gila kan. Boleh sembang-sembang, boleh bantai gelak secara life kan.

Peristiwa nih terjadi di sebuah sekolah menengah yang khas untuk pelajar perempuan sahaja. Bukan sekolah berasrama penuh tetapi ada asrama untuk pelajar yang terpilih ke asrama. (nama sekolah terpaksa dirahsiakan, risau mungkin ada pelajar yang takut untuk bersekolah disekolah tersebut..)

Maria, Shasha, Tini, dan Pinky adalah antara ratusan pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar masuk ke asrama tersebut. Mereka dari sekolah rendah yang berlainan tetapi di tempatkan dalam satu dorm yang sama. Usai sesi berkenal-kenalan, mengemas katil dan mengemas locker, mereka semua bersiap untuk ke bilik mandi bagi membersihkan diri.

Meriahnya suasana di bilik mandi seperti mandi di Sunway Lagoon. Bising dengan bunyi air dan bunyi suara sumbang yang perasan sedap!

Settle mandi, cun-cun tiba waktu untuk makan malam. Makan malam di asrama bermula dari jam 6.45 hingga 7.45mlm. Ada 1 jam sahaja, so kepada yang tidak mahu ke laparan, kena on time dan disiplinkan diri sepanjang menjadi penghuni asrama.

"Mak ..datuk..panjangnya barisan.." Pinky memulakan bicara semasa mereka sama-sama berjalan untuk turut sama berbaris demi mendapatkan makanan.

"Alahhh..biasalah. Dah nama pun asrama, nanti korang semua akan biasalah. Emm.. by the way, I'm Iza, Kak Iza. You all semua, new student kat sini yek.."
Tangan dihulur memberi salam dan disambut mesra oleh Pinky, Maria, Shasha dan Tini.

" Ye Kak Iza, kami new kat sini. Dan yang bestnya, kami di tempatkan di bilik yang sama.."

" Bilik mana adik akak ni semua.."

" Bilik Sakura, yang bersebelahan dengan bilik pengawas tu.."

" Sakura.." Wajah kak Iza yang cantik bertukar dari mood happy ke mood surprise.

" Kenapa kak. Macam ada yang tak kena jer.."

" Memang ada yang tak kena. Kalau korang semua nak tahu, bilik tu sudah 2 tahun di kosongkan. Tapi tahun ini terpaksa di guna bagi menampung ke masukkan pelajar baru yang agak ramai jumlahnya dari tahun sebelum ni.."

Empat sahabat tersebut terdiam selepas mendengar penjelasan dari Kak Iza. Ahhh..ini yang tak sedap didengar nih. Sambil sabar berbaris menunggu giliran, fikiran mereka semua dah melayang entah kemana-mana.

Selesai makan malam, kena solat maghrib berjemaah. Kepada yang uzur boleh lepak di bilik masing-masing. Aktiviti bebas, sehinggalah jam 8.00 malam semua penghuni akan ke dewan makan untuk mengulangkaji pelajaran. 

Itu peraturan untuk hari Ahad hingga ke hari Khamis. Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, maka tiada waktu ulangkaji. Semua penghuni bebas membuat apa yang mereka rasa nak buat. Asalkan jangan buat bising.

Pada malam tersebut, suasana di bilik sakura meriah dengan sesi perkenalan antara satu sama lain. Banyak cerita yang dikongsi bersama termasuklah cerita yang telah di ceritakan oleh Kak Iza. Samada seram atau tak, penghuni sakura terpaksa redha dan tidur juga di bilik tersebut.

Pukul 10mlm, semua penghuni ada masa selama 1 jam untuk waktu supper (minum malam, menu untuk supper adalah susu, teh tarik atau milo beserta biskut kering) Kepada yang nak makan dipersilakan, kepada yang tak nak makan, bolehlah korang pergi solat Isyak dan gosok gigi sebelum tidur.

Maria dan Shasha pilih untuk makan, sementara Tini dan Pinky rasa malas nak makan.

" Eh, korang, nanti kita jumpa dibilik yer. Aku dengan Maria nak 'supper' " terang Shasha.

" Okaylah, kami ngantuk sangat nih. Jumpa kat bilik ajer yer.." berjalanlah Tini dan Pinky ke bilik sakura sementara Maria dan Shasha menuju ke dewan makan.

Selesai supper, Shasha dan Maria berborak kosong sambil berjalan menuju ke bilik sakura. Bilik Sakura adalah bilik yang terakhir sekali. Memang agak menyeramkan tetapi mereka terpaksa berlakon selamba bagi mengawal rasa seram tersebut.

" Psssst.." 

Shasha pandang muka Maria. Maria pandang muka Shasha. Erk..mereka meneruskan langkah.

" Pssst..pssst.." kali ini agak kuat berserta dengan bau minyak atar yang cukup menyegat hidung.

Shasha dan Maria berpegangan tangan. Amat kuat genggaman antara mereka. Tetapi masing-masing tetap melangkah lebih laju.

" Psstt..psssst..pssstt " kali ini mereka dapat merasakan yang suara tersebut betul-betul berada di belakang mereka. Cukup dekat dengan mereka. Betul-betul disebelah Maria, berdirinya lembaga putih terlompat-lompat di sisinya.

"Hanntuuuuu!!!!!... Aaaaaa!!!!" Shasha dan Maria buka langkah seribu. Mereka tidak pandang belakang. Terus pecut laju sambil sebelah tangan terpaksa menyingkap kain baju kurung hingga ke paras lutut bagi memudahkan larian mereka.

" Ya Allah...Hoiiiii!! " tiba-tiba kedengaran sergahan yang amat kuat dari satu suara yang amat mereka kenali. Suara warden asrama! 

Larian pecut Shasha dan Maria terhenti secara mengejut sebaik sahaja mereka terlihat Ustazah berdiri sambil cekak pinggang di hadapan mereka. Hampir-hampir sahaja mereka jatuh tersungkur di hadapan ustazah.

" Apa bising-bising ni. Korang semua tahukan larangan buat bising di asrama ini?" Serius pertanyaan yang keluar dari mulut Ustazah.

" Kami di kejar hantu pocong Usssss..." belum sempat Shasha habis bercerita kepada Ustazah, tiba-tiba hantu pocong tadi tersungkur jatuh betul-betul di tepinya kerana terlanggar belakang Shasha..

" Aaaaa...hantuuuu..!!!" terjerit-jerit Shasha dan Maria. Memang panik gila suasana ketika itu.

" Aduiihhhh ustazah, sakittttt!!!"

Terdiam Shasha dan Maria. Mereka melihat, hantu pocong sedang di tarik telinganya oleh Ustazah. Terkial-kial hantu tersebut menahan kesakitan.

"Kamu..kamu..dan kamu..pergi ke tengah padang sekolah sekarang. Berdiri di situ sehingga saya panggil. Peraturan tetap peraturan. Faham!" Arah Ustazah tegas.

Maka berjalanlah, Shasha, Maria dan hantu pocong ke tengah padang sekolah. Mereka terpaksa menebalkan kulit muka di tertawakan oleh seluruh penghuni asrama yang lain.

" Ini semua kamu punya pasallah Pinky. Hantu Pocong konon. Tengok tak pasal-pasal dah glamour kita malam ini..." Geram betul Shasha dengan usikkan Pinky.

" Sorrylah weiii..hahaha..aku nak bergurau sahaja..hahhaha." Sambil menahan rasa lucu, Pinky memohon maaf pada dua orang sahabatnya itu.

" Tapi..aku salute korang punya pecut..hahahha..." ketawa Pinky lagi.

" Banyaklah kau punya salute, tak pasal-pasal berembun kita malam ini tau..isshhh..geramnya akuuuu. Nih..tini mana, dia tak terlibat ker?"

" Kerja dia, dressing aku jer..hahaha.."


Nota : Jangan jadi hantu, sebab akhirnya diri sendiri dan orang lain juga yang susah.


3 ulasan:

AISHA INANI berkata...

hahahahahahahhaa~
cis kawan dia rupanyaaa. grrr.

neway suka nau nama pinky eh? haha.

.. cik FLUTTERBY .. berkata...

ahahahha!! klaka tol..

btw, bukan sptutnyer supper ke? huhu, sory if slah. nice story..

R E A D.. berkata...

Suka..suka..

Mereka tu..ehm memang dasar kawan makan kawan tuh...hehe