Selasa, 1 Mac 2011

PAKWE SAYA TIPU SAYA



" Sop..sop.."

Aku yang dalam perjalanan ke bilik teknikal, dah tak jadi melangkah. Biar betul apa yang aku dengar nih. Siapa pula yang nangis di dalam bilik mesyuarat nih. Setahu aku, pagi ni takder meeting. Em...konfius betul. Kena siasat ni, milik siapakah tangisan tersebut.

Ler silap gambarlah pula..

" Ler Shasha. Kenapa ni "


Sop..sop. Sambil mengelap sisa air mata dengan tisu. 

" Kak Read, saya sedih sangat ni kak. Pakwe saya tipu saya kak..huhuhuhu.."

" Tipu camna tu, detail sikit ler. Baru lah akak boleh memberi pendapat yang tepat berdasarkan fakta.." 

" Dia kata, saya nih cinta hati dia. Tapi semalam saya ternampak dia, siap berkepit, bermesra dengan perempuan lain. Hancur lulur hati saya kak."

" Ini buktinya.." Sambil menunjukkan gambar yg diambil pada saya.

Ada lima keping gambar yang sempat di snap. Gambar yang terakhir, aksi pakwe Shasha menghadiahkan ciuman mesra pada pasangannya. 

" Macam nilah Shasha. Awak jangan sedih-sedih sangat. Anggaplah ini adalah petunjuk dari Allahswt untuk awak. Dia bukan jodoh yang terbaik untuk awak. Nasib baik Allah nak tunjuk perangai curang pakwe awak tu sekarang. Bayangkan kalau awak dah kahwin dengan dia, baru awak dapat tahu yang dia bermain kayu tiga dengan awak. Tak ker haru biru jadinya."

" Susah kak, susah saya nak terima ni semua..sop..sop. I really love him kak. Huhuhuhuhu.... " Makin menjadi-jadilah pula tangisan Shasha ni.

" Ya Allah, Shasha. Sabar dik, bawa sabar. Bawa bertenang. Bawa fikir secara bijak pandai. Kau nangis bagai nak rak kat sini..apa kau dapat."

Aku mula memotivasikan secara 'brutal' apabila nasihatku secara lembut nampak dah cam tak boleh jalan.

" Pakwe kau tu happy-happy dengan perempuan lain, tak ingat langsung kat kau. Kau pula membazir air mata kat sini. Tu habis semua make-up kau cair. " 


" Sudahlah Shasha. Kak tak nak tengok kau menangis lagi. Kau kena kuatkan semangat. Kumbang bukan seekor. Setakat kumbang hampas cam pakwe kau tu..em baik kau lupakan sahaja. Dia pun dah lupakan kau. Kalau dia ingat kat kau, dia takkan menduakan kau Shasha. "

" Iyalah kak read, Shasha cuba.."

" Bukan cuba Shasha, mesti lupakan. Setiap kali kau nak nangis, kau ingat setiap gelak tawa pakwe kau tu..kata dalam hati, aku takkan nangis kerana mangkuk hayun seorang tu. Aku punya harga diri. Aku punya maruah. Cinta aku hanya untuk yang tahu menghargai aku"

" Thank kak. Shasha akan ingat pesanan akak tu. No more crying.."


Nota : To Shasha dan anda yang mengalami perkara yang sama seperti Shasha, this song is for you..All or nothing.. :(


2 ulasan:

noraim berkata...

cayalah kak! xguna nak bersedih sbb laki xguna mcm tuh. huhu.

R E A D.. berkata...

JOm kita sama-sama menasihati kawan2 yg tgh frust..