Ahad, 6 Februari 2011

SELESA DENGAN DOSA


Apabila seseorang itu sudah berasa selesa dengan dosa, berada didalam zon yang amat selesa sehinggakan kehidupan sehariannya dipenuhi dengan melakukan dosa.

Celik mata sahaja, dia tersenyum melihat ' kekasih gelapnya' lena di ulit mimpi. Menelefon isteri dirumah untuk memaklumkan dirinya selamat tiba dan minta doakan supaya 'urusan perniagaan' nya kali ini, berjaya. Ditinggalkan pesanan buat isteri, jangan lupa solat dan jaga anak dengan baik.

Memang seorang pelakon yang hebat di mata keluarga dan rakan perniagaan. Tidak pernah lupa memberi sumbangan dan meraikan orang yang kurang mampu setahun sekali setiap kali menjelang hari raya.

Mereka ini menyembunyikan dan berhati-hati dalam setiap perlakuan 'derhaka' mereka, takut diketahui manusia tetapi tidak pula merasa takut pada Allah SWT.

Em...apa dah jadi dengan manusia-manusia seperti ini.....


1 ulasan:

Cik Kamoo berkata...

tulisan ini menarik...