Ahad, 20 Februari 2011

BILA DATUK KAHWIN LAGI, KORANG SUPPORT NENEK ATAU DATUK..

Nasihat saya, lebih baik korang jangan masuk campur. Siapa kita hendak tunjuk ajar tok dan nenek kita. Mereka terlebih dahulu 'makan garam' dari kita, mereka lebih berpengalaman dari kita yang masih belum banyak pengalaman walaupun belajar peringkat Master! Teori dan pratikal kehidupan ada bezanya.

" R E A D, aku ada masalah ni, datuk aku kahwin lagi. Aku sebagai cucu dia, kesian pula aku tengok nenek aku. Seperti dah tak ada kebahagian dan ketenteraman dalam life mereka. The story begin when my grandfather meet his sahabat lama. Em, biasalah kan bila sudah berjumpa sahabat lama. Banyak kenangan lalu di 'flash back' semula. 

Bila dah hari-hari berjumpa 'di laman sesawang' (datuk aku memang canggih, ada facebook! ), kemesraan dan keserasian mula terjalin. Dari sahabat, lama-lama bertukar menjadi kekasih dan akhirnya ikatan itu menjadi ikatan yang sah sebagai pasangan suamiisteri walaupun tanpa persetujuan isteri pertama. 

R E A D, bila nenek aku dapat tahu, memang ribut jadinya. Nenek tak benarkan datuk aku jumpa 'madunya' itu. Telefon pun tak boleh. Setiap pagi, nenek aku akan call ke pejabat, nak confirm samada datuk aku tu dah sampai atau tak ke pejabat. Staff di pejabat datuk aku, syak sesuatu but they buat dono jer.

Kau tahu R E A D, nenek aku siap catat jarak perjalanan (KM) kereta  datuk aku dari rumah ke pejabat. Katakanlah jarak dari rumah nak ke pejabat dlm 20km..kalau nenek aku tgk meter lebih dari yang sepatutnya..em memang gaduh.

Datuk aku lak, memang tension jer aku tengok. Dia lebih banyak diam bila nenek aku mengamuk. Memang nenek aku tidak dapat terima hakikat diri dimadukan sebab dia tak sangka langsung, pada usia yang sepatutnya mereka perlu banyak mendekatkan diri dengan ilmu agama, fokus bab kematian..lain pula jadinya.

Nenek aku pernah beri kata dua pada datuk aku, pilih nenek atau orang baru. Pilih salah satu. Lagi tension datuk aku tu. Yang disana pula keep on calling sebab lama tidak berjumpa. Dia pun isteri datuk aku juga. Em, nasib kaulah nenek baru aku, sanggup sangat nak bermadu...so tahan jerlah derita merindu ni." 

Itu sedikit sinopsis email yang saya terima dari seorang hamba AllahaSWT. Kepada yang hantar, saya bukanlah pakar motivasi. Tapi sebagai menghargai talisilaturrahim yang dihulur, saya memberi sedikit nasihat berdasarkan saranan dari pakar motivasi tersohor.

Tidak perlulah kita nak sebelahkan datuk, mahupun sebelahkan nenek. Masalah sudah terjadi. Cari jalan untuk selesaikan masalah bukan untuk menambah masalah lagi. Sebagai seorang cucu, banyakkan berdoa pada Allah, minta diberikan penyelesaian yang terbaik untuk ujian ini. Hanya Allah yang maha mengetahui apa-apa yang kita tidak ketahui. Doa adalah senjata orang mukmin. Kena ingat tu. Insyaalallah.

3 ulasan:

TAYAR PANCIT berkata...

hai.saye da join blog awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/mesti-baca-kami-doakan-azizulhasni.html

Julia Johari berkata...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kesimpulan anda adalah tepat. Aapa yg ptg jgn tambahkan luka yg sedia ada dgn menyebelahi mana2 pihak...wpun kita sebagai cucunya hanya mampu memerhati dr luaran sahaja...pendapat saya sama seperti anda. DOA!.. Kuasa doa yg tidak putus2 mampu menyampaikan hasrat kita melalui Allah. InsyaAllah, selain doa anda boleh amalkan solat isthiharah utk memohon petunjuk supaya datuk dan nenek anda kembali menyayangi satu sama lain. InsyaAllah. you can do ot READ :)

unknown girlz berkata...

huhu...
kesian jer kat dua2..
tapi x sebelah kan sape2? betul2..
semoga akan temui penyelesaian yg terbaik :)