Selasa, 1 Februari 2011

KENAPA MEMPERMAINKAN CINTA KITA


Aku sangka aku benar-benar telah mengenali hati budimu. Ternyata sangkaanku salah semuanya. Kau memang 'drama king' terhebat. Sampainya hatimu mempermainkan cinta kita.

Kau kata, akulah the first and the last person that you love. Berbunganya rasa dihati sebab 'ada taman dalam hati' kamu. Hari-hari yang kita lalui penuh kebahagiaan. You bright up my day!

One day, semasa kau ke kaunter bayaran untuk membayar selepas kita makan-makan, handphone kau berbunyi..ada satu sms.

"Sayang, esok jangan lupa tau..ambil i kat stesen bas..tak sabar nak jumpa you..rindu sama awak"

Gulp! Terhenti lamunanku seketika..sayang..aku terpaksa menyamar menjadi kau..

"Okay sweet, kat mana i nak ambil you yer, kata nak gi tahu semalam, tapi tak send sms pun. You send sekali lagi yer.."

Setelah mendapat segala info yang aku nak, habis semua sms terkini aku delete. Depan kau, aku berlakon se'cool' yang boleh.

" Let's go sayang, nanti terlepas movie yang kita nak tonton"

"Ha..aa, jom." Hem..sayang? Agaknya aku ni sayang kau yang ke berapa yer.

******************************************************************

"Wa..sayang, hensemnya you. Terubat rindu i pada you. I miss you..muah..muah.." Gedik sebab dapat jumpa buah hati.

" I pun, you semakin comellah. Ini yang buat i bertambah sayang ni.." Pipi si gedik di cubit manja.

Sambil berpimpin tangan, mereka berjalan penuh kemesraan menuju ke tempat parking kereta. Semasa berada didalam perut kereta, sempat si gedik menghadiahkan sebuah ciuman buat kekasih tersayang. Sang kekasih tersenyum macho. Tetiba cermin tingkap di ketuk.

"Assalammualaikum.."

Muka terkejut beruk jelas kelihatan pada wajah si jejaka. Si gedik pula menjeling hairan.

" Terima kasih kerana pernah menyintai i. Maaf sebab perhubungan kita setakat ini sahaja. Nah, cincin pertunangan kita.." selepas mencampakkan cincin, aku terus melangkah pergi dengan hati yang penuh rasa syukur.

Syukur di atas kebenaran yang telah terbentang di hadapan mata. Syukur kerana Allah telah membantuku untuk keluar dari segala masalah. Aku tahu, aku perempuan kampung, tidak moden dan tidak up to date seperti yang sering engkau bebelkan.

Dengan aku, nak pegang tangan pun tak boleh, apatah lagi cium pipi. Fesyenku semuanya macam kain selimut, tertutup sana sini. 

Hendak duduk berdua-duaan dalam kereta pun susah sebab aku naik kereta aku, kau naik kereta kau. Itu syarat yang aku kenakan untuk kita keluar berdua-duaan.

Kenapa begitu mudah awak mempermainkan cinta kita? 


0 ulasan: