Rabu, 2 Februari 2011

MENULIS UNTUK HILANGKAN STRESS


Stress atau tekanan perasaan, tidak akan terpisah dari kehidupan harian kita. Yang bezanya adalah stress tersebut kecil ataupun besar. Sesetengah orang dapat menghadapi stress dengan tenang. Sesetengah orang pula sebaliknya.

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.

Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. 

Menulis juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stress. Menulis umpama kita menceritakan semula segala masalah yang kita hadapi dalam bentuk nukilan. Ada baiknya menulis dari bercerita pada kawan-kawan, risau akan menambahkan stress yang ada sebab tidak semua mulut manusia boleh ditutup!!


2 ulasan:

athirah shariffudin berkata...

tips yang bagus..tu la salah sbb i blogging...sbb nk kurangkan sterss...bdw..i dah follow u..follow me if u like :)

Read My Blog berkata...

Tq athirah sebab follow blog ini. Dah follow blog athirah. Keep in touch.