Isnin, 21 Februari 2011

KENAPA SAYA TAK SUKA TONTON DRAMA INDONESIA..

Kalau korang terjah Astro Prima, sekarang ni pun dah berjangkit pada TV3, sure korang pernah terpandang dan ada juga yang menjadi pengikut setia drama Indonesia. Jangan marah saya yer, saya sekadar memberi pendapat kenapa saya tidak suka tonton drama dari negara seberang ni. Ada faedahnya layan drama melayu dari negara kita.

Pertama, sebab bahasanya yang tidak berapa saya faham. Ada sesetengah tutur katanya yang jarang kita dengar. Cara percakapan mereka juga kasar. Menyampah jer sebab takder rasa hormat dan sopan santun. Cakap dengan datuk dan nenek pun main jerkah, main herdik jer.

Kedua, cerita yang melerek-lerek, panjang berjela. Babak nak pergi hospital pun boleh buat dua episod! Tah apa-apa.

Ketiga, bila tiba babak nak tunjuk bukti kebenaran, siap ada yang sanggup sembah kaki la, cium tapak kaki la, berjalan atas kaca la. Memang tidak elok untuk ditonton oleh kanak-kanak. Merapu tah apa-apa. Lepas tu, siap dengan muzik latar yang penuh suspen. Muzik latar tu, sama jer dari drama A hingga ke drama B.

Keempat, alim yang tidak kena tempat dan agak keterlaluan. Kalau seseorang yang pegang watak alim ulama ni, doa jer apa-apa pun, serta merta makbul. Siap dengan ribut petir dan kilat sambar menyambar. When come to realiti kehidupan, orang yang memegang watak alim ulama tu, bukan beragama Islam pun!

Itu adalah serba sedikit pengalaman menonton drama indonesia yang saya dengar dari rakan-rakan yang layan drama tersebut. Mulut kata tak suka tapi korang layan juga. Banyak lagi drama yang terbaik dari negara kita. Sokonglah industri filem dan drama kita ya.


2 ulasan:

Jari Pun Berkata berkata...

Maaf nk menyampuk sikit.. kenapa tak masuk kan reaksi yg terlampau..kalo tkejut, ternganga smpi bulat muka.. kdg2 time jd loser tu perempuan pegang tgn pun dah tak boleh nak bergerak.. time laki yg sama jd perkasa, sekali pukul 10 org tumbang..cam tak logik pulak!

Lagi satu sgt byk kebetulan..A kawin dgn B yang ada hbgn cinta dgn C dan C rupa rupanya bos kpd D yang ada konspirasi jahat kpd A yang sedang buat bisnes dgn C..pusing pusing kat situ je la..

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

award buat kamooo! :)


http://ikmalira87.blogspot.com/2011/02/awards-untuk-follower-kami.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+imGladBeWithYou+(.::I'M+GLAD+BE+WITH+YOU::.)