Isnin, 28 Februari 2011

BERCOUPLE HANYA KERANA SEKS

Manusia akhir zaman, mereka yang rasa kononnya semakin maju kehadapan dalam ilmu kehidupan, rupanya semakin jauh meninggalkan Islam dan AllahSWT. Menjadi pengamal zina. Kita boleh meniru cara hidup Barat selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum agama Islam. Zina adalah sehina-hina perkara tetapi kini telah dilabel sebagai hak individu oleh sesetengah mereka yang kononnya mengikuti perkembangan zaman! Kesiannya, moga berkesempatan untuk bertaubat.

KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.

Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.
Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Gaya hidup bebas dan tidak bermoral ini didedahkan kepada Metro Ahad (MA) daripada sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Aliza, 26, dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Aliza, dia tinggal serumah dengan Anis, 32, janda berasal dari Sabah yang memilih teman seks untuk memenuhi tuntutan batin.

Katanya, teman asmara Anis dikenali sebagai Rizal, kakitangan swasta yang tinggal di selatan tanah air, dan mereka bertemu seminggu hingga dua minggu dalam tempoh tertentu untuk bersama.

“Anis pernah beritahu saya, dia serik dengan kegagalan dalam perkahwinannya sebelum ini. Sebab itu apabila berkenalan dengan Rizal, dia tidak mahu berkahwin dan lebih senang dengan cara hidup sekarang.

“Saya pernah persoalkan sampai bila mereka mahu hidup begitu? Anis menegaskan dia tidak bersedia untuk bersuami semula kerana sibuk dengan komitmen perniagaan. Rizal juga berpendirian sama dan tidak ingin berkahwin,” katanya.

Mengenai perkenalannya dengan Anis, Aliza berkata, mereka tinggal bersama sejak 2008. Namun, Anis jarang ada di rumah kerana sibuk dengan perniagaan kosmetik yang diusahakannya bersama sebuah syarikat pemasaran bertingkat (MLM).

“Yang saya tahu, bila Anis ada di rumah, Rizal pun ada bersama. Pernah juga Anis beritahu, dia akan tinggal bersama Rizal jika tidak berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Bagi membuktikan kebenaran dakwaan Aliza, wartawan MA cuba memujuk Aliza untuk bertemu Anis. Tanpa mendedahkan identiti sebenar, wartawan sempat bersua dengan Anis bersama Aliza di sebuah restoran berhampiran kediaman mereka di Jalan Bukit Bintang.

Ikuti perbualan ringkas antara Anis dan wartawan:

Wartawan (W): Kenapa Anis tidak mahu berkahwin?

Anis (A): Saya tak kisah apa orang cakap. Lagi baik begini, saya dengan hidup saya, Rizal dengan hidupnya.

W: Bukankah lebih bagus kalau berkahwin, masing-masing boleh bagi komitmen?

A: Laa... saya buat begini pun sebab tidak mahu apa-apa komitmen. Lagipun, saya sibuk dengan kerja, itu saja sudah cukup.

W: Rizal tidak kisah, tidakkah dia sayang kamu?

A: Dari awal lagi saya ingatkan dia (Rizal), jika pilih saya sebagai pasangan, lupakan soal sayang dan jangan fikir hendak kahwin. Saya tidak perlukan semua itu. Dapat ‘tidur’ dengan saya sudah cukup, saya tidak mahu lebih daripada itu.

W: Kenapa Anis pilih hidup macam ini?

A: Amboi... banyak tanya pula? Saya serik dengan perkahwinan pertama. Saya masih ingin berkerjaya dan tidak mahu memikirkan soal rumah tangga. Saya hanya perlukan Rizal untuk temankan saya.

Sepanjang berbual dengan Anis, dia lebih banyak cuba memujuk wartawan menyertai perniagaan MLM yang diusahakannya.

Apabila wartawan cuba mengutarakan lagi beberapa pertanyaan mengenai cara hidupnya, dia hanya mengatakan tiada apa yang perlu dihairankan.

“Ramai rakan saya yang begini. Kami cuma mahu hidup bebas tanpa kongkongan lelaki.

“Perkahwinan bagi saya membebankan. Namun saya tidak nafikan saya perlukan sentuhan lelaki, jadi inilah cara terbaik untuk memilih pasangan, tidak perlu berkahwin tetapi saya dapat apa yang saya kehendaki,” katanya.

Sementara itu di lokasi berlainan, Aliza sempat memperkenalkan wartawan MA dengan seorang pengurus syarikat swasta di Kuala Lumpur yang menjalani hidup sama seperti Anis.

Wanita berkenaan hanya dikenali sebagai Nita, 33, dan tujuh tahun hidup sebumbung bersama teman lelakinya.

Ketika ditanya mengapa dia memilih hidup begitu, jawapan sama diberi iaitu mereka tidak mahukan komitmen perkahwinan.

“Saya bayar kereta, belanja makan dan perbelanjaan lain dengan wang sendiri. Teman lelaki saya pun sama.

“Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk ‘bersama’,” katanya.

Sempat juga wartawan menyindir gaya hidup bebas ala Barat yang mereka jalani itu bagaikan hidup orang tidak beragama dan tidak sesuai dengan budaya orang Melayu.

Nita hanya tersenyum dan dengan selamba berkata, dia tidak kisah pandangan masyarakat terhadap apa dilakukannya.

“Saya ada wang dan kerjaya bagus. Kenapa saya perlu ambil peduli apa orang cakap, apa yang saya buat adalah hak individu.

“Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini, sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa yang kami ingin lakukan,” katanya.

Sabtu, 26 Februari 2011

BUSY TRANNING BLOGGER BARU..




Ayat blogger, sharing is caring. Sebab prihatin sesama insan kita akan share setiap maklumat yang berfaedah dengan semua. Adat share maklumat perlu juga dihormati agar tiada yang terkecil hati. Kalau korang nak ambil sesuatu artikel dari blogger lain, at least give credit to that blogger.

Misi : Tranning new blogger yang mula minat dengan dunia blog. Okaylah tu dari buat perkara yang tidak berfaedah. 

Khamis, 24 Februari 2011

HISTERIA : ANTARA GANGGUAN DAN KECELARUAN MINDA


Ramai anak gadis ataupun sesiapa sahaja akan berasa gerun apabila mendengar perkataan histeria. Terbayang kejadian-kejadian aneh yang boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja yang diserang histeria. Ada beranggapan itu perbuatan ibis, syaitan dan sihir-sihir alam ghaib.

Namun begitu ada juga mengatakan itu semua mainan perasaan dan jiwa yang tidak tenteram. Kedua-duanya ada kebenaran dan hujah tersendiri. Benar, ada yang terjadi disebabkan oleh keadaan jiwa yang tidak tenteram, tetapi ada juga gangguan-gangguan daripada mahkluk halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Kedua-dua perkara ini berkait rapat. Apabila jiwa sering dilanda kemurungan, kosong dan mudah lemah maka ada datang pelbagai perkara membawa kepada kuasa untuk melepaskan tekanan. Keadaan ini juga memberi ruang kepada syaitan dan iblis merasuk jiwa yang dalam keadaan yang tidak stabil. Bermula dari sini akan terjadi histeria dan sebagainya.

Histeria ataupun dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai kerasukan yang disebabkan oleh jin dan syaitan dan juga boleh disebabkan oleh tekanan. Kerasukan ini memang benar-benar wujud dan sebagai contohnya, Allah SWT pernah berfirman berbunyi : "Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba". Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." –surah al-Baqarah, ayat 275-.

Menurut alim ulama, kerasukan ini benar-benar wujud, bahkan pada zaman Nabi SAW dahulu, pernah terjadi, dan diriwayatkan dalam hadis sahih riwayat al-Hakim daripada Kharijah As-Shalt daripada Alaqah Sahar, dia berkata "Pada zaman Nabi SAW dulu, penduduk sebuah kampung pernah datang kepada ku untuk meminta tolong kepada ku mengubtai seorang lelaki yang diserang penyakit gila dan kerasukan. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain."

Alaqah akhirnya membacakan surah al-Fatihah kepada lelaki itu setiap pagi dan petang sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu.

Gangguan Makhluk Halus dan Kecelaruan Minda

Histeria atau kerasukan dikatakan sudah berlaku sejak 2000 tahun yang lalu dikatakan ia bersifat misteri tanpa ada satu pun penerangan jitu yang dapat dikaitkan dengan kejadian histeria. Dari sudut perubatan sama ada moden mahupun alternatif sering kali berlaku perdebatan kerana usaha mengenal pasti punca berlakunya kerasukan ini banyak bergantung kepada faktor budaya, nilai dan kepercayaan sesuatu masyarakat.

Ada sesetengah pendapat mengatakan kerasukan ataupun histeria ini berlaku memang ada unsur sihir dan gangguan makhluk halus tetapi ada juga disebabkan oleh kecelaruan minda, tekanan dan unsur-unsur trauma. Unsur-unsur trauma ini dikaitkan dengan pengalaman masa lampau. Selalunya ia berkenaan dengan sesuatu tragedi yang menimpa dan terbawa-bawa sehingga kini. Apabila keadaan diri dan tubuh badan tidak terkawal, ia cepat menyerang dan menyebab senang seseorang itu diserang histeria.

Dari sudut perawatan Islam, penyakit ini mampu diubat dengan baca ayat-ayat suci al-Quran seperti surah al-Fatihah, ayat Kursi dan beberapa doa pilihan. Kebiasaannya diamalkan setiap kali selesai mengerjakan solat dan sentiasa mengamalkan wirid. Cara begini mampu menguatkan hati dan iman.

Dan mengapa kini ramainya pelajar sekolah diserang histeria. Ia boleh dikaitkan dengan tekanan yang tidak mampu dikawal oleh para pelajar. Jika dilihat ia seolah-olah bermusim iaitu apabila tibanya waktu-waktu getir seperti musim peperiksaan. Saat ini pelajar yang agak ketinggalan dalam pelajaran akan mudah mendapat tekanan akibat takut tidak mampu menghadapi peperiksaan ataupun terlalu meletak harapan yang tinggi untuk berjaya. Justeru, keadaan ini membawa kepada kejadian histeria akibat kecelaruan minda.

Kebiasaannya golongan wanita yang sering diserang histeria. Ini mungkin juga mempunyai kaitan dengan perkataan histeria itu sendiri, iaitu perkataan hystron yang bermakna rahim wanita. Mungkin disebabkan ini, kebanyakkan diserang histeria adalah wanita. Selain itu kelemahan diri mengawal emosi dan tingkah laku juga pendorong kepada terjadinya penyakit ini. Untuk itu, pemikiran yang cerdas dan elakkan diri berada dalam tekanan dan kemurungan dilihat mampu megelakkan diri daripada terkena histeria ataupun kerasukan. Sentiasa penuhi hati dan rohani dengan iman pendinding paling mujarab.

Sumber : I luv islam.com

Rabu, 23 Februari 2011

WHAT EVER..MORAL OF THE STORY..

Rupa-rupanya, kawan saya tersebut telah berjumpa dengan spesis manusia yang rasa dia sorang sahaja 'english education', dia rasa dia sorang sahaja yang ada Master, dia rasa dia sorang saja tahu segalanya..memang perasan bagus minah sorang ni. 

Kenapa perlu memandang rendah sesama manusia. Kita di sisi Allah SWT sama sahaja. Bila meninggal dunia kelak, AllahSWT nak semak amalan kita bukan diploma mahupun master yang kita pegang.

Kita kena selalu sedar, tanpa bantuan dan kerjasama orang dibawah, tak ke mana kita. Situasi ini saya jadikan contoh yer. 

Katakanlah anda seorang bos lulusan luar negara. Anda rasa anda sudah cukup hebat. Setakat berselisih bahu dengan bos yang lulusan universiti tempatan, ehm..apalah sangat kan.

Setakat admin belajar sampai sijil, hek eleh. Dia ada atau tak der sama sahaja. Setakat kerja macam dia tu, kacang jer. Iya ker kacang. Bayangkan kalau dalam pejabat anda tu, anda terpaksa jadi admin, jadi kerani akaun, jadi office boy, jadi cleaner, jadi pelukis plan dan jadi arkitek. Licinkah perjalanan kerja anda. Mana nak kira duit, mana nak siapkan minit mesyuarat, mana nak lukis pelan..eh dah macam dalca saya bayangkan!

So, please tolong ubah sikap 'rasa bagus' tidak bertempat anda tu. Bak kata pepatah, ikut rasmi padi, makin berisi makin tunduk. Bukan lalang.


Selasa, 22 Februari 2011

' WHAT EVER ' KURANG AJARKAH AYAT NIH?

Terlajak perahu boleh diundur..ehm cam tak best pula ayat nih, orang sekarang banyak pakai kereta..kita tukar sikit terlajak parking boleh diundur, terlajak sms.. memang gaduh besar..


Inilah yang terjadi kepada sahabat R E A D. Puncanya adalah ayat ini..



' WHAT EVER.. '


Sebelum tu, saya nak minta pendapat koranglah, apa pendapat korang tentang ayat di atas. Bagi saya, what ever dalam pemahaman biasa, 'apa-apa ajelah'. Kurang ajarkah ayat tersebut. Tapi tak tahulah pula saya kalau ada maksud lain. 


Isnin, 21 Februari 2011

KENAPA SAYA TAK SUKA TONTON DRAMA INDONESIA..

Kalau korang terjah Astro Prima, sekarang ni pun dah berjangkit pada TV3, sure korang pernah terpandang dan ada juga yang menjadi pengikut setia drama Indonesia. Jangan marah saya yer, saya sekadar memberi pendapat kenapa saya tidak suka tonton drama dari negara seberang ni. Ada faedahnya layan drama melayu dari negara kita.

Pertama, sebab bahasanya yang tidak berapa saya faham. Ada sesetengah tutur katanya yang jarang kita dengar. Cara percakapan mereka juga kasar. Menyampah jer sebab takder rasa hormat dan sopan santun. Cakap dengan datuk dan nenek pun main jerkah, main herdik jer.

Kedua, cerita yang melerek-lerek, panjang berjela. Babak nak pergi hospital pun boleh buat dua episod! Tah apa-apa.

Ketiga, bila tiba babak nak tunjuk bukti kebenaran, siap ada yang sanggup sembah kaki la, cium tapak kaki la, berjalan atas kaca la. Memang tidak elok untuk ditonton oleh kanak-kanak. Merapu tah apa-apa. Lepas tu, siap dengan muzik latar yang penuh suspen. Muzik latar tu, sama jer dari drama A hingga ke drama B.

Keempat, alim yang tidak kena tempat dan agak keterlaluan. Kalau seseorang yang pegang watak alim ulama ni, doa jer apa-apa pun, serta merta makbul. Siap dengan ribut petir dan kilat sambar menyambar. When come to realiti kehidupan, orang yang memegang watak alim ulama tu, bukan beragama Islam pun!

Itu adalah serba sedikit pengalaman menonton drama indonesia yang saya dengar dari rakan-rakan yang layan drama tersebut. Mulut kata tak suka tapi korang layan juga. Banyak lagi drama yang terbaik dari negara kita. Sokonglah industri filem dan drama kita ya.


Ahad, 20 Februari 2011

BILA DATUK KAHWIN LAGI, KORANG SUPPORT NENEK ATAU DATUK..

Nasihat saya, lebih baik korang jangan masuk campur. Siapa kita hendak tunjuk ajar tok dan nenek kita. Mereka terlebih dahulu 'makan garam' dari kita, mereka lebih berpengalaman dari kita yang masih belum banyak pengalaman walaupun belajar peringkat Master! Teori dan pratikal kehidupan ada bezanya.

" R E A D, aku ada masalah ni, datuk aku kahwin lagi. Aku sebagai cucu dia, kesian pula aku tengok nenek aku. Seperti dah tak ada kebahagian dan ketenteraman dalam life mereka. The story begin when my grandfather meet his sahabat lama. Em, biasalah kan bila sudah berjumpa sahabat lama. Banyak kenangan lalu di 'flash back' semula. 

Bila dah hari-hari berjumpa 'di laman sesawang' (datuk aku memang canggih, ada facebook! ), kemesraan dan keserasian mula terjalin. Dari sahabat, lama-lama bertukar menjadi kekasih dan akhirnya ikatan itu menjadi ikatan yang sah sebagai pasangan suamiisteri walaupun tanpa persetujuan isteri pertama. 

R E A D, bila nenek aku dapat tahu, memang ribut jadinya. Nenek tak benarkan datuk aku jumpa 'madunya' itu. Telefon pun tak boleh. Setiap pagi, nenek aku akan call ke pejabat, nak confirm samada datuk aku tu dah sampai atau tak ke pejabat. Staff di pejabat datuk aku, syak sesuatu but they buat dono jer.

Kau tahu R E A D, nenek aku siap catat jarak perjalanan (KM) kereta  datuk aku dari rumah ke pejabat. Katakanlah jarak dari rumah nak ke pejabat dlm 20km..kalau nenek aku tgk meter lebih dari yang sepatutnya..em memang gaduh.

Datuk aku lak, memang tension jer aku tengok. Dia lebih banyak diam bila nenek aku mengamuk. Memang nenek aku tidak dapat terima hakikat diri dimadukan sebab dia tak sangka langsung, pada usia yang sepatutnya mereka perlu banyak mendekatkan diri dengan ilmu agama, fokus bab kematian..lain pula jadinya.

Nenek aku pernah beri kata dua pada datuk aku, pilih nenek atau orang baru. Pilih salah satu. Lagi tension datuk aku tu. Yang disana pula keep on calling sebab lama tidak berjumpa. Dia pun isteri datuk aku juga. Em, nasib kaulah nenek baru aku, sanggup sangat nak bermadu...so tahan jerlah derita merindu ni." 

Itu sedikit sinopsis email yang saya terima dari seorang hamba AllahaSWT. Kepada yang hantar, saya bukanlah pakar motivasi. Tapi sebagai menghargai talisilaturrahim yang dihulur, saya memberi sedikit nasihat berdasarkan saranan dari pakar motivasi tersohor.

Tidak perlulah kita nak sebelahkan datuk, mahupun sebelahkan nenek. Masalah sudah terjadi. Cari jalan untuk selesaikan masalah bukan untuk menambah masalah lagi. Sebagai seorang cucu, banyakkan berdoa pada Allah, minta diberikan penyelesaian yang terbaik untuk ujian ini. Hanya Allah yang maha mengetahui apa-apa yang kita tidak ketahui. Doa adalah senjata orang mukmin. Kena ingat tu. Insyaalallah.

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF

BEN ASHAARI

Header BEN ASHAARI blog

Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! dan linkkan ke entri ini ..

Join..mahu menyebarkan pada semua yang saya juga salah seorang blogger yang aktif.


CARA LETAK ENTRI PADA KOMEN BLOG

Saya tanya, saya search google dan saya temui caranya.


Dah dapat kod;

New Entry <a href="http://syamilamohd.com/2010/10/kemalangan-ngeriramai-penumpang-terkorban/">"Kemalangan Ngeri…ramai penumpang terkorban…"</a>


Gantikan je url dan tajuk entry tu dengan entry dan tajuk latest entry anda…


Walaupun ramai dah tahu caranya, tapi saya need to keep this info in my blog. Sebagai blogger, kita sedar, semakin hari semakin bertambah kewujudan blogger baru. Sudah tentu mereka tercari-cari cara bagaimana nak buat benda ni. Bila mereka search info tentang ni, adalah tersenarai nama blog R E A D!

Credit to Syamila for this info.

Sabtu, 19 Februari 2011

TIP KURUS, JANGAN BUAT PERKARA INI SELEPAS MAKAN

Ada pelbagai cerita yang kita dengar dan baca tentang tip nak kurus ni. Samada lelaki mahupun wanita, semua ada impian untuk kurus. Berikut adalah perkara-perkara yang tidak patut kita buat selepas makan.

1. Jangan minum ais!
Dikhuatiri akan mengganggu kelancaran proses penghadaman. 

2. Jangan mandi!
Mandi dikatakan boleh melancarkan proses pengaliran darah di kaki, tangan dan bahagian badan lain tetapi bukan diperut. Maka ini akan melemahkan proses penghadaman dalam perut.

3. Jangan tidur!
Perlakuan ini akan menjejaskan kelancaran proses penghadaman sekaligus meningkatkan risiko terjadinya gastrik.

4. Jangan merokok!
Kajian mendapati bahawa menghisap sebatang rokok selepas waktu makan akan memberi kesan yang sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain! Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan risiko anda menghidap penyakit barah.

5. Jangan terlalu banyak berjalan!
Akan menyebabkan proses penghadaman terganggu dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan.

Hm..secara kesimpulannya, ada sebab mengapa disarankan JANGAN lakukan perkara-perkara di atas. Kepada yang nak sihat, nak kurus, tak salah kita amalkan tip diatas.


Jumaat, 18 Februari 2011

BUAH DURIAN BELANDA PENAWAR KANSER?




Setiap ciptaan AllahSWT, ada kegunaannya. Ada faedahnya. Suka makan buah durian Belanda? Kalau tak berapa suka, korang kena mula suka makan buah ini sebab buah ini adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo! 

Memberikan kesan anti tumor dan terbukti secara perubatan mampu mencegah segala jenis kanser. Ianya mampu menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi serta membantu mengurangkan kesan kimoterapi seperti rasa mual, berat badan turun dan rambut gugur.

Masyaallah..memang saya betul-betul kagum dengan ciptaanNya. Orait antara khasiat dan kebaikkan lain buah durian belanda adalah
  • berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus
  • berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing
  • menurunkan tekanan darah tinggi
  • kemurungan dan stress
  • menstabilkan kembali sistem saraf yang kurang baik
  • mampu dijadikan minuman penambah tenaga
Em..jangan lupa masukkan 'pohon ajaib' ini sebagai buah yang wajib makan setiap hari untuk cegah kanser. Boleh makan mentah atau buat jus!


Khamis, 17 Februari 2011

MASUK ISLAM BUKAN MASUK MELAYU..

Frustnya hari ini, sebab tidak berkesempatan untuk terjah blog rakan-rakan mahupun terbit artikel di awal pagi. Kenapa? Sebabnya saya mendahului tugasan di pejabat yang telah di amanah dan saya setuju untuk menjalankan amanah tersebut. (Masa mula-mula minta kerja, dah niat dalam hati nak do the best!) Korang jangan ambil sikap acuh tak acuh dengan kerja utama korang yer. Berdosa tau. Sebab kita semua mencari rezeki yang halal. Nak sara keluarga dengan duit gaji yang korang terima setiap bulan. So, time kerja, buat kerja dahulu. Break time, korang up date blog! 

Semasa memandu pulang tadi, sempat juga layan ceramah agama. Tajuk agak menarik " Islam pilihanku ". Ini cerita kaum lain yang baru memeluk agama Islam. Yang mendapat hidayah dari AllahSWT. Rasa kagum dengan pemahaman dan penghayatan mereka dengan Islam. Sebagai saudara baru, ternyata ilmu pengetahuan agama Islam mereka sangat dalam jika hendak dibandingkan dengan kita yang Islam kerana keturunan. Yang paling sedihnya, sesetengah dari kita, tiada penghayatan Islam dalam kehidupan seharian. Nak baca buku tentang Islam pun malas!

Bila ditanya, kenapa sesetengah kaum lain takut hendak memeluk agama Islam. Mereka kata, masuk Islam bermakna masuk Melayu. Isshhh, salah tu, Islam bukan 'hak milik' melayu. Islam adalah milik semua bangsa, tak kira Cina, India, Kadazan, Arab dan lain-lain lagi. 

Teruk sangatkah orang Melayu sampai mereka takut nak jadi Melayu? Emmm...anda ada jawapannya?


Rabu, 16 Februari 2011

'KHIDMAT LAYAN NAFSU' KLIK FACEBOOK SAYA

  • LAYAN NAFSU
  • URUT BADAN N BATIN
  • layan sex 019-4335569 (FYZA)


Apa korang ingat saya 'something wrong somewhere' ker? Dah tak tahu hendak membezakan mana yang haram, dosa dan salah. Ini semua adalah kerana saya simpati kepada mangsa fitnah facebook fyza (klik sini jika nak baca cerita lebih lanjut). Berikut sedikit petikan news tersebut..

BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.

“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.

Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.

Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.

“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

Saya dah terjah facebook Puteri Farah untuk mengetahui hal yang lebih lanjut. Gambar yang diletakkan memang seksi. Jom g terjah dan tinggal komen,

" DAH TAK DER KERJA LAIN KER, BUAT NAYA KAWAN SENDIRI..AWAK TAHU TAK KES AWAK NI DAH MASUK METRO"


Selasa, 15 Februari 2011

SEMUA NI.. EN.BEN PUNCANYA


Usai makan malam, sebelum tidur memang dah niat dalam hati nak tulis satu artikel. Sejak tengah makan tadi, tetiba jer idea hadir dalam minda. Dengan penuh bersemangat, saya pun log in ke blogger account.

Waa..what happen to my blog. Tetiba jer ramai follower ni. Meriah nyer malam ni. Siasat punya siasat rupanya semuanya berpunca dari En. Ben. Dialah penyebab utama ramai yang sudi terjah blog picisan ini.

Kepada En. Ben, terima kasih sebab sudi memberi peluang dan semangat kepada semua blogger-blogger baru. Kepada yang sudi follow dan terjah blog saya, terima kasih juga. Nanti saya terjah blog you all yer. Muaahhh..

Em..apa yang saya nak tulis untuk entri malam ni yer? Cam na boleh hilang ingatan ni. Emmmm..ni semua En. Ben puncanya....

ERR..HYE..SAYA BLOGGER BARU..

BEN ASHAARI

Letakkan header BEN ASHAARI blog

Dah..

1. Tajuk : ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU ... dan linkkan ke entri ini

Done!

2. Tinggalkan url entri blog anda di sini ..

Tu je.. tak susah kan ? Cepat...

R E A D : Terima kasih kepada En. Ben atas segmen ini. Salam perkenalan buat semua. Muahhh...

SEGMEN CERITA PENGALAMAN SEMPENA MAULIDUL RASUL


Korang buat apa sempena cuti Maulidul Rasul ni? Ada yang sertai perarakkan tak? Meh ler cerita dalam blog saya ni. Pengalaman korang dari mula sampai akhir time korang join perarakkan sempena Maulidul Rasul. Tak kisahlah zaman sekolah dulu-dulu ker. Zaman 'u' ker, mahupun waktu sekarang saat korang sudah melangkah ke alam pekerjaan.

Teringat saya pada zaman persekolahan dulu-dulu. Walaupun terpaksa join sebab dah dipaksa oleh cikgu-cikgu, memang satu kenangan yang indah, sekali dalam seumur hidup. Nasib baik cikgu paksa. Kalau tak konfem tak dapat lah saya merasa berarak sempena Maulidul Rasul. Penat, letih kaki, menahan kepanasan cahaya mentari dan part yang paling best, dapat berkenal-kenalan. Huhu..

Tapi hari ini, sempena Maulidul Rasul..bangun pagi, teruja nak tengok tv siapa yang dicalonkan sebagai tokoh untuk tahun ini. Semua calon 'otai' dalam bidang dan kepakaran sendiri. Lepas tu, saya up date blog dan terpandang ada entri terbaru dari zack zukhairi. Oh..dah jadi cikgu tuisyen rupanya blogger otai ni. Tahniah kerana menjadi pendidik anak bangsa. Subjek yang diajar pun memang mencabar minda. Nak tahu sujek apa..ehm..klik sini untuk terjah blog beliau. 

Okaylah dah masuk lunch time, perut pun dah bagi signal..nak nasi. See you all later. Muahh..

Ahad, 13 Februari 2011

FRUST SIKIT-SIKIT KIRA OKAY

Salam ceria semua. Kepada anda yang rasa kurang semangat nak ceria, bawa-bawalah ceria juga agar hilang sedikit punca yang buat anda rasa kurang ceria. 

"Em.. cakap memang senang, tapi camna nak ceria? Aku tengah frust ni!"

Ada satu cadangan yang pantas, jom tengok kartun. Banyak kartun yang ada. Garfiel Show, Tom and Jerry, Upin dan Ipin mahupun kartun-kartun lain yang santai. Janganlah pula tonton kartun-kartun yang ganas. Yang ada aksi bertumbuk, bergaduh tu semua buat serabut kepala jer.

Ada satu lagi cadangan, pergi jalan-jalan lihat pemandangan yang indah. Lihat laut, lihat bukit, tak pun lihat awan. Tapi ini pun masalah juga sebab kalaulah anda tengah frust disebabkan kekasih anda curang pada anda, tengah anda layan tengok laut kononnya nak cari ketenangan, tiba-tiba ternampak pula bekas kekasih anda tengah gelak dan geli-geli dengan orang baru. Dari nak mencari ketenangan terus jadi gaduh besar pula!

Hm..jalan yang selamat, kalau tengah frust, duduk sahaja dalam rumah, layan kartun, layan program motivasi diri, program agama. Moga hati yang tengah frust, terubat. Bila masuk waktu solat, terus pergi sembahyang. Mengadu pada AllahSWT, anda tengah frust, mohon tenangkanlah jiwa anda, kuatkanlah semangat anda, minta diampunkan segala dosa-dosa anda, mohon supaya anda berjaya melalui 'ujian hidup' dengan jayanya.

Saya pun tengah frust juga ni, sebab terpaksa tukar imej blog. Saya sayang sangat imej blog sebelum ini, tapi bila iklan nuffnagg keluar di leaderboard, habis tertutup tajuk blog. Dah tak nampak cantik dan mencacatkan penampilan blog saya. Walaupun sayang, frust, tapi dah jodoh saya dengan imej tersebut tak panjang. Buat setakat ini, ini sahajalah imej blog terbaru yang dapat saya buat. 

Em..ada sesiapa nak tolong reka header blog saya tak?


Sabtu, 12 Februari 2011

TUN MAHATHIR DI ASTRO RIA

Malam ini jam 9 malam, Tun Mahathir akan muncul dalam rancangan S I T I. Lama tak tengok Tun. Biodata Tun yang saya perolehi dari laman web UUM.

Perdana Menteri Malaysia Keempat
1981 - 2003
"Bapa Pemodenan"
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.

Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.

Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.

Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).

Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.

Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan.

Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.

Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

P.H.D (PENYAKIT HASAD DENGKI)

Semalam sempat terjah blog GreenAppleKu (klik yer) dan ada entri virus dengki yang di blogkan. Memang betul seperti apa yang di'entri'kan oleh GA. Pelik betul dengan orang yang tak habis-habis dengki kat orang lain ni. 

Celik mata jer, dalam kepala orang P.H.D ni..(agaknyalah)..


"Ishhh..cemburunya aku dengan blogger otai ni. Camna boleh ramai pula yang suka baca blog dia pada hal tah apa-apa yang ditulisnya. Asyik-asyik gambar dia makan, gambar dia dalam paper, pergi bercuti pun nak tulis gak. Dengkinya aku, dengkinya aku.."

Em..dalam dengki-dengki tu pun, P.H.D kena ni terjah juga blog yang mereka dengki sebab nak tahu apalah agaknya blogger otai tu nak merapu kali ni! Lama kelamaan boleh terkena penyakit juga orang yang ada P.H.D. ni.

Kepada yang dengki, fikirlah secara waras, orang yang korang dengki tu..tetap cam tu juga, mereka tetap teruskan terbit artikel, traffik mereka tetap mantop, follower makin bertambah dan rezeki mereka tetap dimurahkan. Kamu pula, tidur malam tak lena, hati tak tenang, muka tension jer. Dari korang berterusan seperti itu, lebih baik korang berubah. Buang sifat dengki sebab tak der faedahnya. 

TO YOU, ALL MY DEAR FOLLOWER..

Camna hendak memujuk orang yang merajuk yer? Ada sesiapa yang nak share ngan saya tak? Ni semua gara-gara special entri semalam. Siapa tak happy bila blogger otai En. Ben dan En. Mazidul komen di blog yang tak seberapa ni. As a new blogger, memang kita semua will feel the same. Betulkan.

Semasa tengah drive balik rumah semalam, sambil-sambil layan kesesakkan lalu lintas, tetiba teringat..why not i say "thank you to all my follower". Mereka juga pembakar semangat aku untuk terus menulis. Tak best pula rasanya. Karang ada yang merajuk pula. Nak pula ada yang terkecil hati dengan artikel syok aku tu. Eishhh..big problem nih..



Jejaka Terhangat, terima kasih sebab sudi letak blog ini dalam Bloglist Hangat. Sesangat saya hargai. Yelah, saya kan blogger baru. Tak sangka pula layak masuk bloglist hangat. Dan begitu jua to all my follower, anda semua sangat saya hargai terutama yang rajin singgah komen dan baca entri. 

Kata pepatah : Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang memberi, kita berterima kasih! Love you all..muah..muah..


Jumaat, 11 Februari 2011

TERIMA KASIH KEPADA BLOGGER OTAI INI..


Adakah mataku tersalah melihat? Tidak. Aku tidak bermimpi sebab sekarang ni waktu bekerja. Mana boleh tidur. Tu curi tulang namanya. Tapi yang pasti dan aku rasa terharu En. Ben sudi menjadi follower blog aku. Sapa kata En. Ben tak blogwalking? Eh..ada orang kata. Nanti korang search kat blog En. Ben untuk pastikan ada tak En. Ben tulis bab blogwalking ni. Aku pe lagi, terus terjah blog En. Ben semula untuk ucap terima kasih. (Klik link merah untuk baca ucapan)


Yang kedua best untuk hari ini, bila En. Mazidul telah letak blog aku dalam senarai sahabat bloggers. Aku pun terjah semula  ke blog beliau untuk ucapan terima kasih. (Klik link merah untuk baca ucapan). En. Mazidul aku hormat sebab walau sibuk dengan kerjaya sebagai wartawan namun beliau tetap komited update blog setiap hari. Beliau ada 3 blog setakat ini.

Kata En. Mazidul..Read, Happy Writing..akan aku ingat setiap kali mood untuk menulis seakan down. Menulis adalah salah satu cara untuk hilangkan tekanan.


MEMANG TUTTTTT..BETUL


Terpaksa aku tuttttt......ayat tersebut walaupun pagi-pagi ni si 'saka tak bertuan' ini telah bikin panas hati aku. Kalau korang mengalami perkara yang aku alami, korang juga akan keluarkan ayat tutttt..... macam aku gak. Tu aku konfem! 100% konfem!

Hari ini, di pagi jumaat yang penuh berkat dan rahmat, aku seperti biasa keluar dari rumah dengan langkah kanan menuju ke kereta ku. Dari jauh keretaku setia menantiku. Memang aku sayang sangat kat kereta aku ni. Tak banyak ragam sebab aku 'on time' service! Sebab tu kereta aku tak banyak ragam. Huhu..

Sementara aku membiarkan kereta aku 'warm up' sebelum aku memulakan pemanduan, tah macam mana tergerak hati pula hendak memeriksa tayar angin. 

Hantu betul! Mana pergi penutup angin tayar aku ni? Saka tak bertuan mana punya kerja ni! Aku sure 'saka' ni buat kerja mencuri pada waktu malam. Kalau yer pun nak yang silver colour cam kereta aku, pergilah beli sendiri. Sengkek sangat ker sampai kena mencuri! Arrrgghhh..memang kurang ajar betul!!!

Nasib baik penutup yang lama aku masih simpan. Hari ni tayar kereta aku nampak tak cun sebab dua warna hitam, dua lagi warna silver. Aku nak pergi buat laporan ke balai polis yang berdekatan. Kepada si 'saka'. See you in court sebab AllahSWT nampak kamu mencuri walaupun kau confident aku tak nampak kau mencuri.

Khamis, 10 Februari 2011

ORANG PAKAI TUDUNG MEMANG MACAM TU..

Perghhhh..ayat memang tak boleh blah!!!! Rasa cam nak penampar jer mulut pompuan promoter tu. Walaupun masalah dia tidak ada kena mengena dengan aku tapi ape kes dan hak dia nak label orang yang pakai tudung!

Aku memang tak nak masuk campur, apa masalah dia. Tapi kalau dah cakap kuat-kuat (tanpa guna pembesar suara) 

"Orang pakai tudung memang macam tu.."

sampai menarik perhatian orang lain untuk tengok awak..apa hal? Jual hp tak laku ker dik? Atau lepas puas customer tanya itu ini, mereka tak jadi beli hp ngan awak? As customer, mereka ada hak untuk membuat keputusan. Takkan tanya jer konfem kena beli!

Bila terdengar jer ayat tak blah dia tu, secara automatik aku terpandang pada dia. Udah la makeup mengalahkan opera cina, mata bercolour-colour, rambut dah warna air tanah merah, memang tak kontra langsung dengan kulit awak yang gelap tu. Serius aku kasi komen sebab itu yang aku nampak, tapi tak tahulah pula kalau dia perasan dah lawa habis penampilannya.

Rasa aku orang yang pakai tudung at least dia orang pakai tudung. Ikut salah satu perkara yang wajib dalam agama Islam. Mereka dah ada satu point kebaikkan. 

Cuba lihat diri awak. Dah lah tak bertudung, suka memburuk-burukkan  pelanggan ditambah dengan tiada keikhlasan dalam menjalankan kerja. Andai dihati ada niat ikhlas, awak akan cari dan belajar tektik untuk pikat hati pelanggan. Mungkin hari ini mereka hanya bertanya. Mana tahu esok lusa mereka membeli dari awak. 

Rezeki tu kerja AllahSWT. Cakap siang, pandang-pandang. Aku dah terlihat peribadi pompuan tu..nak g tahu kawan-kawan, jangan berurusan dengan kedai tu sebab pompuan tu mulut jahat. Banyak lagi kedai lain yang mesra pelanggan. Kan dah jadi bahan dalam blog aku..


Rabu, 9 Februari 2011

YOUR FATE IS IN YOUR HAND?

"Apa yang 2011 bawakan untuk anda? Masa depan anda ada di telapak tangan anda. Fahami diri anda sendiri dan nasib anda."

Sure korang pernah terjumpa pelbagai lagi format tilik nasib di dalam majalah mahupun laman sesawang. Walaupun ayat yang digunakan seperti MEMBONGKAR, MENYELONGKAR dan banyak lagi ayat yang sedap-sedap tetapi sebagai umat beragama Islam (tidak kiralah bangsa Melayu, Cina mahupun India) kita patut jauhkan diri dari terlibat dalam kes seperti ini kerana mungkin anda akan syirik kepada AllahSWT jika anda mempercayainya.

Personaliti manusia secara psikologi ditentukan oleh faktor persekitaran, pendidikan, hubungan kita dengan Allah, usaha, ikhtiar, tawakal dan doa. Bukannya terletak di telapak tangan!


Selasa, 8 Februari 2011

SOMETIME THEY ARE TO MUCH..

Bagaimana masyarakat Malaysia hendak bersatu yer? Sesama bangsa sendiri pun ada yang tidak kena, inikan pula dengan bangsa lain. Tetapi adakah ini perkara mustahil?

Cerita bermula ketika waktu makan tengahari. Selalunya kami suka 'take away' nasi bungkus dari warung tepi jalan dan makan di office. Tahap kebersihan warung tepi jalan ni tip-top. Masakannya pun sedap-sedap. Waktu lunch time, kalau lewat setengah jam, alamat tinggal sayur sahaja. Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, makan di warung ini.

Berdekatan warung ini, ada stor burger ++ kuih-muih. This brother jual burger, kuih-muih dan air. Setahu akulah, this brother dah lama berniaga di situ..em..hampir 12 tahun. Antara kami dengan this brother, memang boleh diajak 'sembang kosong'.

Selepas 'take away' nasi bungkus, tetiba tekak rasa nak cari 'pencuci mulut', goreng pisang. Dari jauh boleh nampak, sebuah MPV parking betul-betul dihadapan stor this brother.

'Aik, pakcik..kereta rosak ker?' ramah kami memulakan bicara sambil tangan tangkas mengambil beg plastik untuk isi goreng pisang. Gerai ni dah macam rumah kami sendiri.

'Tulah..abang dah cakap elok-elok dengan tuan kereta tadi, minta dia ubah kereta. Abang cakap, abang nak berniaga, cik dah halang orang nak membeli nanti..em tapi dia boleh buat tak dengar, buat tak tahu jer..' cerita this brother panjang lebar.

'La..apa punya orang ni? Tak ada akal langsung. Memang kurang ajar betul. Abang nak kami tores kereta dia ker? tanya kami penuh semangat tak puas hati.

'Em..tak perlah, memang orang ni penyakit PHD (Penyakit Hasad Dengki) tak boleh hilang. Baik sesama Melayu, lagi-lagilah yang berlainan kaum. Biarlah, kita jangan jadi macam mereka.'

Kami diam sahaja setelah mendengar keputusan yang telah dibuat oleh this brother. Walaupun rasa tidak puas hati tetap ada!