Isnin, 24 Januari 2011

TERKENA MENTERA CINTA



Iya ker anda terkena mentera cinta atau anda sendiri yang me'mentera'kan diri anda? Kekadang rasa pelik dengan sikap sesetengah manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Hendak di kata tidak tahu bersyukur, tak juga sebab sembahyang selalu 'on time'. Jadi, dimanakah silapnya.


Dah ada kekasih hati yang comel / hensem, punya budi pekerti yang elok, bertanggungjawab dan memang niatnya ikhlas hendak menjadikan anda pasangan hidupnya tapi anda masih cuba bermain mata dengan orang baru.

Isteri yang telah bersama anda sehinggalah anda berdua bergelar datuk dan nenek tapi apa yang tidak kena, apabila datuk mula sibuk ber'sms' dengan kekasih hati. Sepatutnya, di waktu-waktu begini, hidup datuk dan nenek tadi  tenang dan aman. Bersama-sama mengumpul pahala untuk bekalan disana tapi lain pula jadinya.

Andai ada yang tidak kena pada pasangan anda, bawa berbincang. Sama-sama cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kenang semula saat mula-mula cinta anda berputik. Tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian asalkan jangan anda menambahkan lagi masalah baru! Sendiri mau ingat la..


1 ulasan:

Unknown berkata...

tragisnya gamba tu :(