Jumaat, 28 Januari 2011

BOLEH KER KALAU MACAM TU

Ini kes bos kat tempat kerja korang berkahwin dua. Perkahwinannya yang kedua ini mendapat tentangan hebat dari isteri pertama. Memang ribut saat isteri pertama dapat tahu.

Setiap pejabat, tentu ada PA (Personal Assistant) kepada bos. One day, PA dapat satu call. Tanpa salam mahupun ucapan good morning, terus jer di terjah

@ Isteri pertama bos : "En..XXX ada kat pejabat tak?"
@ PA yang blurr diterjah : "Erk..ada, tapi boleh saya tahu siapa ni?"
@ Isteri pertama bos : " Takperlah.."

Terus dimatikan talian. Erk?? apa kes ni? macam ada yang tidak kena jer? From suara si pemanggil tadi..I know that is my bos wife? Hmmm..something are going on. Terpaksalah PA bermonolog sendiri mencari teka teki misteri panggilan tersebut.

Tetiba kelihatan En. Bos keluar dari biliknya dengan wajah yang mencuka. 

" If my wife call..kata i ada di pejabat. I nak keluar kejap..urusan peribadi tapi you jangan lupa apa yang i pesan tadi. Bolehkan."

Rela dalam terpaksa, PA angguk kepala. Ish..tak pasal pula aku terlibat dalam konspirasi kehidupan diaorang ni..Help me!!!

0 ulasan: