Isnin, 31 Januari 2011

BILA "KAKI KIPAS' NAIK GAJI

Konfem ramai rakan sepejabat yang lain rasa bos tak adil, bos berat sebelah, bos pilih kasih dan rasa-rasanya seperti nak anjurkan satu tunjuk perasaan. Aku yang kerja ikut prosuder ni, 'punch card' tak pernah merah, kerja sentiasa on time. Kekadang, kalau bos minta siapkan kerja sebelum pukul 3ptg, before 'lunch time' dah ada atas meja bos! Kenapa bos boleh terlepas pandang dalam bab-bab macam ni.

Jika hendak dibandingkan dengan 'kaki kipas', bagai langit dengan bumi. Orang hendak keluar lunch, dia baru masuk kerja. Kata ada di sekian-sekian tempat, tapi suara anak menangis jelas kedengaran di dalam talian. Bab kerja memang 'up to date' sehingga bos terpaksa membayar denda sebab lewat memperbaharui lesen. Haha.. 

Memang tak senang duduk 'kaki kipas' ni, kalau dah terkantoi dengan bos. Ke hulu-ke lihir berjalan, ber'tawaf' satu pejabat, buat-buat bertanya itu dan ini, jika dia nampak kelibat bos. Walhal baru masuk kerja time orang nak keluar makan tengahari tu!

How to deal dengan 'kaki kipas' ni. Jangan kasi muka. Jangan cover line. Jangan tolong. Sendiri cari masalah. Sendirilah menjawap dengan bos. Anda jaga kerja anda mengikut skop kerja yang telah ditetapkan dalam surat tawaran kerja. Selain dari itu, say..'sorry..kerja tu tak termasuk dalam skop kerja i..'. Bos pun tak boleh kata apa sebab kita kerja ikut skop.

Kepada 'kaki kipas', gaji yang kita terima setiap bulan untuk diberi makan kepada anak, isteri mahupun dikirim kepada kedua ibubapa setiap bulan. 'Halal' kah status gaji anda, seandainya itu sikap anda. Bukan setakat makanan yang haram perlu di elak, sumbernya juga perlu kita fikir.


Tapi yang bestnya, setiap tahun bos tak lupa naikkan gaji 'kaki kipas'. Agak-agaknya lah bos dah kena 'ubat guna-guna' ker??!!


" Apalah kau ni, sikit-sikit bomoh, dah nama pun kaki kipas..sure kuat dia kipas bos sebab tu gaji tetap naik walau kualiti kerja teruk gila."



0 ulasan: