Dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Kenapa aku kata cam tu? This is the story..
Time orang ramai berpusu-pusu balik kerja, jalan raya memang jem teruk. Kalau korang yang terro mencelah pun, kepakaran korang tu tidak boleh digunapakai waktu jalan tengah jem ni. Tension betul jika berada di dalam situasi berkenaan. Bertambah tension dengan sikap mat rempit dan minah rempit yang suka mencelah. Kejap masuk kekiri, kejap masuk kekanan. Yang teragak-agak nak masuk pun ada. Kasi satu honnnnn sama orang macam ni. Nak jalan, jalanlah. Dah orang beri laluan, tunggu apa lagi.
Di persimpangan lampu isyarat. Semua kenderaan sedang bersiap sedia menunggu saat lampu merah bertukar ke warna hijau. Masa tu lah, ada sorang perempuan ni, melintas jalan. Fuhhh..aku yang wanita ni pun terkata sedemikian. Yang lelaki lagilah. Sampai kepala berpusing 90 darjah memandang liuk lentuk that perempuan berjalan. Pakaian dia...seksi maut! Ni kalau lepas ni keluar suratkhabar, seorang wanita menjadi mangsa rogol..hem..aku tak terkejut sangat.
Pinnnnn!!..."Hoi! Jalanlah.." jerit pemandu kereta yang berada di hadapan aku. Aku nampak dia angkat syarat tangan pada sekumpulan mat rempit yang berada dihadapan keretanya. Terhegeh-hegeh mereka tekan minyak. Hampir terlanggar antara satu sama lain. Inilah akibat penangan perempuan seksi tadi..
READ : Agaknya, kalau yang melintas jalan berpakaian seperti diatas..ada yang memandang tak?
1 ulasan:
memang takdenyer..hehe
Catat Ulasan