Sesetengah orang memang suka menjadi pencetus masalah dan jika dibuat carta perbandingan antara lelaki dan wanita, yang mana satu paling tertinggi yer? Lelaki atau wanita? Pendapat saya, dua-dua sama jer. 2X5.
Ada kawan saya story me, hubby dia ada awek. Perkenalan mereka bermula di sebuah laman sesawang. Tergurisnya hati si isteri melihat madah pujangga antara hubby dia dengan aweks tersebut. Korang boleh bayangkanlah ayat-ayat power antara mereka. My friends ni, rasa terkilan ada, marah ada, jauh hati ada, rasa nak lempang aweks tu pun..konfem dah ada. Untuk menunjukkan rasa marahnya, my friends ni pun cari sorang boyfriends!
Gulp!! Dari bertudung, no more tudung. Bila dah makeup..mengalahkan modelling ler pula. Comel sesangat kawan saya ni. En. Hubby tanya..kenapa? My friends jawab..
'You buat tak apa, kenapa i buat tak boleh. Persetankan hukum hakam agama. Jangan nak tarbiah kat i sebab diri you pun tak betul!'
Perempuan bila dah marah, memang menggegarkan dunia. Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Nampaknya boleh guna pakai madah tersebut.
Sekarang ni, hubungan mereka dah okay. En.Hubby dah taubat. Malu kat anak-anak, bila anak bertanya..kenapa mummy diaorg dah tak macam dulu. Pakai tudung boleh kejap pakai kejap buka ker? Satu lagi, En. Hubby tak nak di gelar suami dayus. Tengok aje isteri keluar date ngan jantan lain. Nak marah, diri sendiri tak betul.
Moral of the story, sebelum kita hendak mengambil satu langkah kehadapan, fikir dahulu kesannya terhadap diri kita, pasangan kita, anak kita, kaum kerabat serta sahabat handai kita. Dan yang paling utama, Allah SWT kerana dia MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT. Kat isteri korang, bolehlah korang sorokkan hubungan terlarang. Kata ada meeting tapi yang sebenarnya, pergi dating. Tapi dengan AllahSWT?
Kepada 'pengganggu rumah tangga orang'..janganlah gedik sangat. Dah tahu laki orang, nak mengatal juga. Sok-sok kalau muka disimbah asid..siapa yang sakit.
'Kalau dah jodoh, cam na yer?'
Bukan jodoh namanya tu. Korang sendiri yang seronok nak mengatal dengan laki orang. Nak pula dapat respon baik. Jangan nak katakan itu takdir korang. Kalau laki korang kena ganggu dengan wanita lain..korang nak kata itu takdir juga ker??
0 ulasan:
Catat Ulasan