Situasi di dalam sebuah hyper market..
Seperti biasa, bila tiba hari jumaat..yang paling seronok adalah kaum hawa sebab dapat 'break time' selama 2 jam. Yelah barulah dikatakan majikan yang adil. Pekerja lelaki di beri 2 jam sebab nak solat jumaat, pekerja wanita pun layak mendapat waktu rehat yang sama sebab nak pergi 'window shopping'. Hehe..
Usai makan-makan, perut dah kenyang, baru best 'walking' dalam hyper market. The latest hyper market di Penang, ialah MYDIN di BUKIT JAMBUL KOMPLEK. Tidak seperti MYDIN yang pernah korang pergi. This one dah nampak seperti TESCO. Ada barang basah. Yang aku suka tengok ikan belut dan keli yang masih hidup, di jual segar dalam akuarium. Memang seram jer aku tengok si belut tu...
Masa aku dan geng pejabat nak enter pintu masuk, kami diterjah oleh group yang menjual barang dapur. Ada dapur, periuk dan lain-lain. Diaorang hulur sekeping kertas, aku tak ambil sebab kami ada setengah jam sahaja untuk balik semula ke pejabat. Tapi kawan aku ni..dah terpegang kertas tersebut..aku berdiri jauh sedikit dari mereka, sekadar memerhati adegan seterusnya..
"Kak..kak..ambil ni, kak gores..boleh dapat mug percuma.."
"Dapat mug percuma..?"
"Ye kak..percuma ni..kak ambil mug ni dulu..lepas tu gores kad ni.."
"Tapi..kak nak cepat, lain kali jer lah.."
"Dua minit jer kak, dua minit jer..kak gores, ada rezeki kak dapat hadiah lagi"
Amboi..ni nak jual barang ker..nak sedekah amal jariah..ngomelku di dalam hati. Kalau nak bagi benda free..bagi jerlah, jangan banyak songeh. Ni sure ada udang di sebalik mee ni...
Kawan aku tu tercari-cari, manalah aku. Hehe..bukan apa, diaorang datang, tumpang kereta aku..kalau aku tak der..alamat bertapak ler diaorg balik ke pejabat. Bila aku tengok wajah kawan aku tu..aku tahu, she need my help. Bukan senang nak lepaskan diri dari budak-budak yang gaji mereka base on berapa ramai orang gores kad ni..
"Ehm apa hal ni.." tanya aku, buat-buat poyo..
"Tak kak, kawan akak ni dapat hadiah percuma, kalau gores kad ni..lagilah berpeluang mendapat hadiah lain.."
" Yer ker dik, tapi terima kasih jerlah..kami nak cepat"
" Laa kak, dua minit jer..kejap jer.."
" Sorry..!!" aku buat muka serius dan berlalu pergi.
" Korang nak balik ngan aku cepat, kalau tak nak, balik naik bas RAPID" dalam hati aku, rasa nak gelak guling-guling selepas cakap cam tu.
Terkial-kial mug di kembalikan, terkejar-kejar kawan aku mendapatkan aku. Konfem budak-budak tadi, hangit gila kat aku. Tapi, apa hak diaorang nak paksa orang gores kad tu. Banyak lagi kerenah diaorang, andai anda tergores kad tersebut. So jadilah pengguna yang bijak. Beli barang yang perlu. Kalau kat rumah ada dapur, nak buat apa beli dapur lagi kan..
Pengajaran, bila anda diterjah sedemikian, jangan ringan jer tangan ambil apa yang orang hulur. Dengan senyuman mesra, say no. Dan terus pandang tempat lain. Anda akan terselamat.
3 ulasan:
tindakan terbaeeekkkkk!!!
btul3..klau sy slalu ckp ade org tggu,kne pegi skrg, hehe
tumbs up to both of you..
Catat Ulasan