Isnin, 31 Januari 2011

BILA "KAKI KIPAS' NAIK GAJI

Konfem ramai rakan sepejabat yang lain rasa bos tak adil, bos berat sebelah, bos pilih kasih dan rasa-rasanya seperti nak anjurkan satu tunjuk perasaan. Aku yang kerja ikut prosuder ni, 'punch card' tak pernah merah, kerja sentiasa on time. Kekadang, kalau bos minta siapkan kerja sebelum pukul 3ptg, before 'lunch time' dah ada atas meja bos! Kenapa bos boleh terlepas pandang dalam bab-bab macam ni.

Jika hendak dibandingkan dengan 'kaki kipas', bagai langit dengan bumi. Orang hendak keluar lunch, dia baru masuk kerja. Kata ada di sekian-sekian tempat, tapi suara anak menangis jelas kedengaran di dalam talian. Bab kerja memang 'up to date' sehingga bos terpaksa membayar denda sebab lewat memperbaharui lesen. Haha.. 

Memang tak senang duduk 'kaki kipas' ni, kalau dah terkantoi dengan bos. Ke hulu-ke lihir berjalan, ber'tawaf' satu pejabat, buat-buat bertanya itu dan ini, jika dia nampak kelibat bos. Walhal baru masuk kerja time orang nak keluar makan tengahari tu!

How to deal dengan 'kaki kipas' ni. Jangan kasi muka. Jangan cover line. Jangan tolong. Sendiri cari masalah. Sendirilah menjawap dengan bos. Anda jaga kerja anda mengikut skop kerja yang telah ditetapkan dalam surat tawaran kerja. Selain dari itu, say..'sorry..kerja tu tak termasuk dalam skop kerja i..'. Bos pun tak boleh kata apa sebab kita kerja ikut skop.

Kepada 'kaki kipas', gaji yang kita terima setiap bulan untuk diberi makan kepada anak, isteri mahupun dikirim kepada kedua ibubapa setiap bulan. 'Halal' kah status gaji anda, seandainya itu sikap anda. Bukan setakat makanan yang haram perlu di elak, sumbernya juga perlu kita fikir.


Tapi yang bestnya, setiap tahun bos tak lupa naikkan gaji 'kaki kipas'. Agak-agaknya lah bos dah kena 'ubat guna-guna' ker??!!


" Apalah kau ni, sikit-sikit bomoh, dah nama pun kaki kipas..sure kuat dia kipas bos sebab tu gaji tetap naik walau kualiti kerja teruk gila."



Sabtu, 29 Januari 2011

MARI MENCETUS MASALAH

Sesetengah orang memang suka menjadi pencetus masalah dan jika dibuat carta perbandingan antara lelaki dan wanita, yang mana satu paling tertinggi yer? Lelaki atau wanita? Pendapat saya, dua-dua sama jer. 2X5. 

Ada kawan saya story me, hubby dia ada awek. Perkenalan mereka bermula di sebuah laman sesawang. Tergurisnya hati si isteri melihat madah pujangga antara hubby dia dengan aweks tersebut. Korang boleh bayangkanlah ayat-ayat power antara mereka. My friends ni, rasa terkilan ada, marah ada, jauh hati ada, rasa nak lempang aweks tu pun..konfem dah ada. Untuk menunjukkan rasa marahnya, my friends ni pun cari sorang boyfriends!

Gulp!! Dari bertudung, no more tudung. Bila dah makeup..mengalahkan modelling ler pula. Comel sesangat kawan saya ni. En. Hubby tanya..kenapa? My friends jawab..

'You buat tak apa, kenapa i buat tak boleh. Persetankan hukum hakam agama. Jangan nak tarbiah kat i sebab diri you pun tak betul!'

Perempuan bila dah marah, memang menggegarkan dunia. Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Nampaknya boleh guna pakai madah tersebut.

Sekarang ni, hubungan mereka dah okay. En.Hubby dah taubat. Malu kat anak-anak, bila anak bertanya..kenapa mummy diaorg dah tak macam dulu. Pakai tudung boleh kejap pakai kejap buka ker? Satu lagi, En. Hubby tak nak di gelar suami dayus. Tengok aje isteri keluar date ngan jantan lain. Nak marah, diri sendiri tak betul.

Moral of the story, sebelum kita hendak mengambil satu langkah kehadapan, fikir dahulu kesannya terhadap diri kita, pasangan kita, anak kita, kaum kerabat serta sahabat handai kita. Dan yang paling utama, Allah SWT kerana dia MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT. Kat isteri korang, bolehlah korang sorokkan hubungan terlarang. Kata ada meeting tapi yang sebenarnya, pergi dating. Tapi dengan AllahSWT?

Kepada 'pengganggu rumah tangga orang'..janganlah gedik sangat. Dah tahu laki orang, nak mengatal juga. Sok-sok kalau muka disimbah asid..siapa yang sakit. 

'Kalau dah jodoh, cam na yer?'

Bukan jodoh namanya tu. Korang sendiri yang seronok nak mengatal dengan laki orang. Nak pula dapat respon baik. Jangan nak katakan itu takdir korang. Kalau laki korang kena ganggu dengan wanita lain..korang nak kata itu takdir juga ker??



Jumaat, 28 Januari 2011

BILA ANDA DITERJAH, APA NAK BUAT..

Situasi di dalam sebuah hyper market..

Seperti biasa, bila tiba hari jumaat..yang paling seronok adalah kaum hawa sebab dapat 'break time' selama 2 jam. Yelah barulah dikatakan majikan yang adil. Pekerja lelaki di beri 2 jam sebab nak solat jumaat, pekerja wanita pun layak mendapat waktu rehat yang sama sebab nak pergi 'window shopping'. Hehe..

Usai makan-makan, perut dah kenyang, baru best 'walking' dalam hyper market. The latest hyper market di Penang, ialah MYDIN  di BUKIT JAMBUL KOMPLEK. Tidak seperti MYDIN yang pernah korang pergi. This one dah nampak seperti TESCO. Ada barang basah. Yang aku suka tengok ikan belut dan keli yang masih hidup, di jual segar dalam akuarium. Memang seram jer aku tengok si belut tu...

Masa aku dan geng pejabat nak enter pintu masuk, kami diterjah oleh group yang menjual barang dapur. Ada dapur, periuk dan lain-lain. Diaorang hulur sekeping kertas, aku tak ambil sebab kami ada setengah jam sahaja untuk balik semula ke pejabat. Tapi kawan aku ni..dah terpegang kertas tersebut..aku berdiri jauh sedikit dari mereka, sekadar memerhati adegan seterusnya..

"Kak..kak..ambil ni, kak gores..boleh dapat mug percuma.."
"Dapat mug percuma..?"
"Ye kak..percuma ni..kak ambil mug ni dulu..lepas tu gores kad ni.."
"Tapi..kak nak cepat, lain kali jer lah.."
"Dua minit jer kak, dua minit jer..kak gores, ada rezeki kak dapat hadiah lagi"

Amboi..ni nak jual barang ker..nak sedekah amal jariah..ngomelku di dalam hati. Kalau nak bagi benda free..bagi jerlah, jangan banyak songeh. Ni sure ada udang di sebalik mee ni...

Kawan aku tu tercari-cari, manalah aku. Hehe..bukan apa, diaorang datang, tumpang kereta aku..kalau aku tak der..alamat bertapak ler diaorg balik ke pejabat. Bila aku tengok wajah kawan aku tu..aku tahu, she need my help. Bukan senang nak lepaskan diri dari budak-budak yang gaji mereka base on berapa ramai orang gores kad ni..

"Ehm apa hal ni.." tanya aku, buat-buat poyo..
"Tak kak, kawan akak ni dapat hadiah percuma, kalau gores kad ni..lagilah berpeluang mendapat hadiah lain.."
" Yer ker dik, tapi terima kasih jerlah..kami nak cepat"
" Laa kak, dua minit jer..kejap jer.."
" Sorry..!!" aku buat muka serius dan berlalu pergi.
" Korang nak balik ngan aku cepat, kalau tak nak, balik naik bas RAPID" dalam hati aku, rasa nak gelak guling-guling selepas cakap cam tu.

Terkial-kial mug di kembalikan, terkejar-kejar kawan aku mendapatkan aku. Konfem budak-budak tadi, hangit gila kat aku. Tapi, apa hak diaorang nak paksa orang gores kad tu. Banyak lagi kerenah diaorang, andai anda tergores kad tersebut. So jadilah pengguna yang bijak. Beli barang yang perlu. Kalau kat rumah ada dapur, nak buat apa beli dapur lagi kan..

Pengajaran, bila anda diterjah sedemikian, jangan ringan jer tangan ambil apa yang orang hulur. Dengan senyuman mesra, say no. Dan terus pandang tempat lain. Anda akan terselamat.


BOLEH KER KALAU MACAM TU

Ini kes bos kat tempat kerja korang berkahwin dua. Perkahwinannya yang kedua ini mendapat tentangan hebat dari isteri pertama. Memang ribut saat isteri pertama dapat tahu.

Setiap pejabat, tentu ada PA (Personal Assistant) kepada bos. One day, PA dapat satu call. Tanpa salam mahupun ucapan good morning, terus jer di terjah

@ Isteri pertama bos : "En..XXX ada kat pejabat tak?"
@ PA yang blurr diterjah : "Erk..ada, tapi boleh saya tahu siapa ni?"
@ Isteri pertama bos : " Takperlah.."

Terus dimatikan talian. Erk?? apa kes ni? macam ada yang tidak kena jer? From suara si pemanggil tadi..I know that is my bos wife? Hmmm..something are going on. Terpaksalah PA bermonolog sendiri mencari teka teki misteri panggilan tersebut.

Tetiba kelihatan En. Bos keluar dari biliknya dengan wajah yang mencuka. 

" If my wife call..kata i ada di pejabat. I nak keluar kejap..urusan peribadi tapi you jangan lupa apa yang i pesan tadi. Bolehkan."

Rela dalam terpaksa, PA angguk kepala. Ish..tak pasal pula aku terlibat dalam konspirasi kehidupan diaorang ni..Help me!!!

Rabu, 26 Januari 2011

KAU KEHORMATANKU



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

READ : Masih adakah sepasang kekasih mahupun suami isteri yang mampu menjaga kehormatan serta maruah pasangan masing-masing?


Selasa, 25 Januari 2011

PEREMPUAN SEKSI MEMANG MENYUSAHKAN


Dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Kenapa aku kata cam tu? This is the story..

Time orang ramai berpusu-pusu balik kerja, jalan raya memang jem teruk. Kalau korang yang terro mencelah pun, kepakaran korang tu tidak boleh digunapakai waktu jalan tengah jem ni. Tension betul jika berada di dalam situasi berkenaan. Bertambah tension dengan sikap mat rempit dan minah rempit yang suka mencelah. Kejap masuk kekiri, kejap masuk kekanan. Yang teragak-agak nak masuk pun ada. Kasi satu honnnnn sama orang macam ni. Nak jalan, jalanlah. Dah orang beri laluan, tunggu apa lagi.

Di persimpangan lampu isyarat. Semua kenderaan sedang bersiap sedia menunggu saat lampu merah bertukar ke warna hijau. Masa tu lah, ada sorang perempuan ni, melintas jalan. Fuhhh..aku yang wanita ni pun terkata sedemikian. Yang lelaki lagilah. Sampai kepala berpusing 90 darjah memandang liuk lentuk that perempuan berjalan. Pakaian dia...seksi maut! Ni kalau lepas ni keluar suratkhabar, seorang wanita menjadi mangsa rogol..hem..aku tak terkejut sangat.

Pinnnnn!!..."Hoi! Jalanlah.." jerit pemandu kereta yang berada di hadapan aku. Aku nampak dia angkat syarat tangan pada sekumpulan mat rempit yang berada dihadapan keretanya. Terhegeh-hegeh mereka tekan minyak. Hampir terlanggar antara satu sama lain. Inilah akibat penangan perempuan seksi tadi..

READ : Agaknya, kalau yang melintas jalan berpakaian seperti diatas..ada yang memandang tak?




AKU HANGAT, NAK JOIN BLOGLIST JEJAKA TERHANGAT



1. Buat entri bertajuk "Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat".
  • Dah buat dah.
2. Letak header blog Jejaka Terhangat, linkkan ke entri ni.
  • Link pun dah ok.
3. Letakkan blog Jejaka Terhangat ke dalam bloglist blog korang.
  • Ini pun dah settle.
4. Kat entri tersebut, bagi 2 point yang special pasal blog korang dan,
  • Aku menulis apa yang aku lihat dan dengar.
  • Hidup ini memang penuh dengan pelbagai cerita..
5. 2 point yang best pasal blog Jejaka Terhangat.
  • Traffik mantop kat blog ni..rugi tak dapat masuk bloglist Jejaka Terhangat.
  • Artikelnya yang hangat-hangat. Hangat buat aku semangat.
6. Tag 2 orang bloggers yang berminat nak masuk bloglist Jejaka Terhangat (pastikan diorang tau).
7. Lastly, letakkan link entri tersebut kat komen bawah ni.

  • Dah link..
Lepas aku dah sahkan, blog korang akan diletakkan ke "Bloglist Hangat" kat sidebar blog Jejaka Terhangat ni. Mudah je kan? =)

Harap permohonan mendapat kelulusan dengan jayanya. (Cam buat surat permohonan ler pula) =)


Isnin, 24 Januari 2011

TERKENA MENTERA CINTA



Iya ker anda terkena mentera cinta atau anda sendiri yang me'mentera'kan diri anda? Kekadang rasa pelik dengan sikap sesetengah manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Hendak di kata tidak tahu bersyukur, tak juga sebab sembahyang selalu 'on time'. Jadi, dimanakah silapnya.


Dah ada kekasih hati yang comel / hensem, punya budi pekerti yang elok, bertanggungjawab dan memang niatnya ikhlas hendak menjadikan anda pasangan hidupnya tapi anda masih cuba bermain mata dengan orang baru.

Isteri yang telah bersama anda sehinggalah anda berdua bergelar datuk dan nenek tapi apa yang tidak kena, apabila datuk mula sibuk ber'sms' dengan kekasih hati. Sepatutnya, di waktu-waktu begini, hidup datuk dan nenek tadi  tenang dan aman. Bersama-sama mengumpul pahala untuk bekalan disana tapi lain pula jadinya.

Andai ada yang tidak kena pada pasangan anda, bawa berbincang. Sama-sama cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kenang semula saat mula-mula cinta anda berputik. Tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian asalkan jangan anda menambahkan lagi masalah baru! Sendiri mau ingat la..


Ahad, 23 Januari 2011

JEJAKA YANG KALIS API



Betul tak cakap aku, jejaka yang sorang ni memang kalis api. Steady jer walau tangan dan kepala berapi tu. Memang dia tahan hangat. Sehangat blognya JEJAKA TERHANGAT yang aku suka baca. 

Semua artikelnya hangat, mahu terkena juga tempias bahangnya kepada yang terasa! Aku terjumpa blog beliau semasa dia tengah review blog GreenAppleKu. Blog tu pun dah masuk dalam senarai blog yang aku suka baca tapi next time aku cerita detail ya.

Kehangatan Jejaka Terhangat ni, aku suka sebab hangat yang kena pada tempatnya. Yang aku pantang, orang yang hangat tidak kena tempatnya. Alah, orang yang marah tak kena tempat. Bergaduh dengan orang lain, habis semua orang kena marah, kena tengking. Karang kena simbah ngan satu baldi air jugak orang macam ni. 


APABILA LELAKI MULA MEMBEBEL..

He..he.. tahan telinga jerlah. Masa kecik-kecik dulu, setakat mak membebel masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi apabila En. bapa mula membebel, mau tersentak juga jantung dibuatnya. Kena diam dan buat-buat fokus dengar tarbiah dari En. bapa. Bukan apa, dalam kepala ni terbayang betapa bestnya kalau kena rotan.

Zaman berubah, pergi tak kembali. Lelaki zaman sekarang semakin pandai membebel. Dan kalau dia dah mula membebel..beratus-ratus yang datang komen. Kenal lelaki di bawah ni..

BEN ASHAARI

Siapa lagi kalau bukan En.Ben kita. Blogger senior yang baik hati. Tidak kedekut ilmu dan dalam kepala penuh idea. Tengok mata En.Ben, tengah bayangkan segmen yang akan dilancarkan untuk semua blogger yang rajin memberi komen.

Bagi aku ler, aku suka bebelan En.Ben kerana penuh ilmu. Apa yang dilaluinya setiap hari, ada kalanya sama seperti kita juga. Hem..betullah, hidup ini penuh dengan pelbagai cerita.


Sabtu, 22 Januari 2011

MUTIARA KATA CINTA DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



Sebut saja nama beliau, semua peminat novel kenal. Seorang motivator dan yang paling saya minati, novel hasil karya beliau. Berikut merupakan mutiara kata cinta, hasil tulisan beliau yang kini saya arkibkan ke dalam blog saya.


1. Cinta adalah indah dan suci pada mereka yang memiliki hati yang indah lagi suci. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

2. Mengapa tidak lalui hidup secara mudah iaitu terima apabila datang, sabar apabila tiada. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

3. Cinta memang ajaib, ketika usia semakin meningkat, cinta tidak pernah tua, ia tetap muda sepanjang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

4.Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

5.Semua yang ada pada seseorang memang perfect pada mata kita sehinggalah kita benar-benar tinggal sebumbung dengannya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

6. Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan supaya kita boleh menerima sebarang kegagalan andainya disuratkan begitu, tetapi bercintalah anda sesungguhnya dan sepenuhnya tatkala sudah berkahwin nanti, sebab itulah yang menjamin kebahagiaan dalam hidup bersama. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

7. Andainya seseorang itu jujur ingin mendampingi anda, anda tidak harus menutup pintu hati untuknya. Menutup hati terus akan hanya merosakkan perasaan sendiri sebab manusia memang perlukan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nuraninya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

8. Bercouple selagi tidak melakukan perkara-perkara yang salah mengikut syariat Islam bukanlah masalah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

9. Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

10. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

11. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

11. Tanpa matlamat untuk berkahwin di sinilah syaitan mencelah-celah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

13. Jangan terjemahkan perasaan cinta itu melalui perhubungan yang salah kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

14. Bagaimana seseorang itu dapat dikahwini kalau orang langsung tidak menyedari akan kewujudannya? – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

15. Kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

16. Perkahwinan yang bahagia dapat dibina setelah melalui keserasian manakala keserasian itu pula dapat dibentuk melalui percintaan yang serasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

17. Bercinta untuk menambah dan meningkat keimanan, ia bukan satu kesalahan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

18. Realitinya, kecantikan bukanlah sepenuhnya terletak pada muka, tetapi wajah yang lebih mendominasi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

19. Muka adalah apa yang dipamerkan, seadanya ia, sedangkan wajah adalah muka yang telah diberikan pendekatan dan penampilan berbeza, diperkuat oleh suara, senyuman, lirikan mata serta susuk tubuh mahupun bahasa badan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

20. Usah risau kalau orang berkata wajah kita tidak jelita, sebab orang itu hanya mewakili dirinya sahaja, sedangkan ada berjuta lagi manusia di luar sana yang memiliki persepsi berbeza. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

21. Hakikatnya setiap manusia adalah cantik dan jelita, lantaran setiap manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

22. Jika tidak dapat membezakan antara daging fresh dengan yang bangkai, bukankah itu haiwan namanya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

23. Jadikanlah perkahwinan proses untuk membina zuriat yang sihat serta jalan menuju keredhaan ILAHI. Sebarang perbuatan yang menyalahi hanyalah menyamai tingkah laku haiwan, bahkan mungkin lebih buruk lagi - ia amat memalukan dan amat-amat tidak padan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

24. Batasilah perasaan terlalu cenderung untuk menyintai manusia lebih dari segalanya, sedangkan cinta selain kepada yang Maha Esa itu pasti padam dan tidak kekal. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

25. Cinta adalah suatu perasaan yang sedia ada dalam setiap jiwa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

26. Cinta ini perlu dipupuk lalu dibentuk mengikut acuan yang sebenar sebagaimana cinta semestinya. Jika tiada acuan diberikan lahirlah cinta sumbang lagi memualkan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

27. Cintai ALLAH, hidup menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya hidup menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan abadi dan suci terhadap ALLAH. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

28. Cintailah dia kerana ALLAH, tindakan anda tidak akan menjadi salah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

29. Setiap keputusan yang tepat bermakna jaya dan bahagia. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

30. Seseorang remaja boleh sahaja bermodalkan cinta untuk menawan hati pasangannya, tetapi untuk bertanggungjawab akibat dari hambatan rasa cinta itu selalunya amat sedikit malah boleh dikatakan hampir tiada. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

31. Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

32. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap ALLAH – ketika itulah dia dikatakan bijak. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

33. Mengapa tidak berfikir sejuta kali sebelum berbuat sesuatu yang salah? – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

34. Ketahuilah bahawa setiap kesusahan dalam hidup memang sebahagian besarnya kita sendiri yang membuatnya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

35. Wahai gadis, pertahankanlah hak anda sebagai wanita yang memiliki sesuatu yang sangat berharga. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

36. Jadilah lebih bijak sebab tiada gunanya hidup tanpa kebijaksanaan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

37. Bertindak bijak penuh wawasan sebab sekali terjebak, kesusahannya sepanjang masa mendatang. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

38. Jika anda telah pergi kepada sepuluh orang untuk mendapat nasihat pada masalah yang sama, anda sebenarnya telah membuang masa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

39. Seseorang itu boleh dinilai jujur cinta kasihnya pada manusia sekiranya dia juga penyayang terhadap haiwan-haiwan peliharaannya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

40. Usia indah jika dititi dengan cinta. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj Meniti di atas cinta yang songsang ibarat berjalan di taman penuh berduri – nikmatnya ada tetapi kesakitan tetap terasa. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

41. Silaplah jika kita gagal memahami cinta, lebih silap apabila menolak cinta bahkan lebih-lebih silap kita menjadi rosak oleh cinta. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

42. Mereka yang diulit cinta akan merasakan usianya seperti tidak pernah berganjak pergi, dengan itu dia akan terus bertenaga dan ceria menjalani hidup, biarpun kadang-kadang ditampan derita. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

43. Untuk dicintai anda juga mesti menyintai. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

44. Salinglah cinta menyintai untuk menikmati hidup penuh berkualiti. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

45. Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

46. Apabila kita sudah sanggup berkahwin, itu adalah bukti cinta sebenar sebab perkahwinan bukan semestinya menjanjikan kebahagiaan atau kesenangan, kadang-kadang ia adalah mukaddimah pada kesusahan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

47. Apabila berlaku perselisihan dalam perkahwinan lakukan ia dalam kelembutan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

48. Untuk sentiasa kelihatan anggun, usahakanlah merawat wajah dan merapi diri, namun usah terlalu fanatik pada kecantikan diri sebab ia kerap boleh memesongkan anda daripada realiti. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

49. Anggun adalah kecantikan seadanya secara menyeluruh, luar dan dalam, tetapi kecantikan wajah semata-mata tentu sahaja terkeluar dari ciri-ciri anggun yang sangat diperlukan untuk membentuk peribadi seorang wanita yang disenangi. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

50. Seseorang wanita itu apabila dilihat terasa hati menjadi senang dan lapang, itulah anggun, tetapi seseorang wanita apabila dilihat hingga seolah-olah terhenti dengupan jantung oleh sebab teramat jelitanya, dia mungkin berbahaya. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

51. Anggun melambangkan keluhuran budi serta peribadi yang indah. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj